Monday, 2 May 2016

23 Mac

Pada pagi ini, sajian minda bagi saya dan rakan-rakan F3K3 adalah ilmu Bahasa Melayu, kemudiannya dicergaskan dengan waktu Pendidikan Jasmani seterusnya pula diterapi dengan ilmu Agama Islam atau PAI serta ilmu Muzik.    Sewaktu kelas Bahasa Melayu, kami telah dapat tugasan iaitu perlu membuat terjemahan perkataan BI kepada BM.  Terdapat sebanyak 95 patah perkataan kesemuanya.  Kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan.  Semasa aktiviti ini dilaksanakan, kumpulan lain semua sibuk menaip perkataan yang juga ditaip oleh cikgu Mior di skrin LCD.  Sebenarnya, boleh sahaja kita melakukan tindakan yang lebih bijak .  Seseorang itu telah dikurniakan akal oleh Allah, dengan akal itulah kita gunakan untuk bertindak dan berfikir.  Dalam situasi ini, kumpulan saya telah berjumpa sendiri dengan Cikgu Mior untuk ‘menyalin’ dan ‘menampal’ fail yang terdapat daripada PC cikgu Mior sahaja.  Ini sudah memudahkan tugasan bagi kumpulan saya kerana tidak perlu menaip apa yang terdapat pada paparan skrin tadi. Oleh itu, kami hanya perlu mencari terjemahan BM sahaja.

Sewaktu mata pelajaran P.Jasmani pula, saya sangat gembira ketika bermain dodgeball.  Permainan ini sememangnya sangat menyeronokkan.  Ini merupakan kali kedua kami bermain.  Kumpulan saya ialah  Amer, Aqil, Nadia, Athirah,  Leah dan Faten.  Setelah bermain dan menang beberapa kali, Faten telah dipindahkan ke kumpulan musuh dengan alasan kumpulan kami terlebih seorang ahli dan  asyik menang sahaja.   Saya gembira, berbangga dan bersyukur kerana dalam permainan kali ini, saya seorang sahaja antara rakan-rakan sekelas yang tidak pernah ‘mati’ atau keluar untuk 5 round.  Saya juga telah menjadi ‘ bodyguard ’ kepada ahli saya iaitu Amer dan Aqil.  Mengimbas kembali ketika pertama  kali saya bermain permainan dodgeball iaitu sebelum peperiksaan 1, saya juga telah menjadi ‘ bodyguard ’ kepada Izzati. Ketika itu saya juga telah menjadi ‘ Queen ’ .  Seperkara yang saya tahu, gueen tidak boleh terkena bola, jika queen mati, satu kumpulan akan mati, tetapi saya menang dan saya juga telah menjadi bodyguard dan queen saya terselamat.  Tetapi, dalam kegembiraan bermain permainan ini juga tercalit sedikit kekecewaan kerana di dalam perlawanan akhir, Syed telah berjaya membunuh Queen kumpulan saya iaitu Amer. Saya sedih kerana tidak berjaya menjadi ‘ bodyguard ’ Amer dengan bagus.  Daripada permainan ini saya dapat lihat beberapa nilai yang boleh diperolehi antaranya memupuk semangat kerjasama, sepakat dan bertanggungjawab dalam pasukan serta merapatkan ukhuwah di samping bertoleransi dan berusaha untuk berjaya.  Hari ini kelas Muzik terpaksa ditangguhkan kerana kai dimaklumkan cikgu tiada kerana keluar melawat kematian.  Sebelum waktu Koko, saya telah membuka ‘whatsup’  dan terbaca bahawa kelas koko tiada.  Oleh kerana kepenatan dan sudah dimakllumkan petang ini saya tiada kelas koko saya tertidur.  Seteelah terjaga daripada tidur saya membuka semula ‘whatsup’ dan terbaca pula rakan-rakan mengambil keputusan mengadakan koko.  Rupa-rupanya saya telah terlepas tetapi kebimbangan saya terubat juga sebab dimaklumkan guru koko kami tidak hadir kerana berada di wad.

Malam ini, kami telah mendengar ceramah daripada Ustaz Saifun.  Saya mendengar cermah beliau dengan penuh kusyuk kerana tajuk yang disampaikan oleh beliau memang sangat saya gemari. Saya belajar Hadis 40.  Pelbagai ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau.  Pada malam ini juga , saya ke kelas Arab.  Kami telah diberi markah bagi peperiksaan baru-baru ini.

Malam ini sebelum tidur terasa cuaca amat panas.  Tetapi kerana keletihan pada siang hari, dalam cuaca yang panas ketika ini saya dapat juga melelapkan mata.  Allahdulillah, Ya Allah panjangkan umurkan dan murahkanlah rezekiku untuk esok hari.

22 Mac

Setelah sekian lama saya menyepi, hari ini akhirnya saya kembali juga dalam alam maya ini tetapi bezanya kali ini lama,bersambung-sambung, berhari-hari dan panjang kerana semuanya perlu dalam bentuk penulisan jurnal.  Tugasan yang diberikan kepada kami, pelajar F3K3 Kolej PERMATA kali ini adalah sama seperti semasa saya Foundation 1 dahulu.  Kami telah dimaklumkan bahawa tugasan penulisan jurnal ini perlu dilaksanakan semula oleh kami memandangkan pada peperiksaan kali pertama baru-baru ini, penulisan karangan umum kami kurang memuaskan.  Ramai antara kami yang kurang mahir membina ayat yang gramatis dan menarik.  Oleh itu, diharapkan penulisan jurnal bagi kehidupan seharian saya di PERMATA ini akan dapat mencapai tujuan agar saya dapat membaiki pembinaan ayat saya kelak.

            Pada hari ini, seperti biasa saya akan dikejutkan oleh Ustaz Khir untuk solat Subuh.  Sedihnya  pada  pagi ini, ketrampilan saya akan berbeza dengan pelajar lain.  Saya akan pergi ke kelas dengan memakai selipar sahaja dan bukan seperti biasa berkasut memandangkan kaki saya telah melecet dan masih dijangkiti kudis buta (scabies). Sebetulnya semalam saya telah meminta kebenaran Dr. Rorlina untuk memaklumkan keadaan saya ini serta meminta kebenaran untuk memakai selipar sehingga kaki saya pulih seperti biasa.  Alhamdulillah, saya bersyukur kerana  perjalanan saya sebagai pelajar pada hari ini  tiada yang menimbulkan masalah, memeningkan atau menyedihkan.  Saya dapat menghadiri semua kelas dengan gembira dan bersemangat walaupun kesihatan saya kurang memuaskan memikirkan kaki saya ini. Jadual pembelajaran saya bagi sesi pagi  ialah   BM àBio à BI à Math.  Setelah habis sesi persekolahan waktu pagi, saya makan dan berehat sebentar untuk menunggu sesi pembelajaran petang pula. 

            Pada sebelah petang pula, kelas saya ialah matapelajaran Kimia dan Seni Persembahan.  Waktu Kimia, cikgu Md Noor berasa kecewa kerana ada beberapa orang pelajar kelas saya yang tidak hadir dan hadir lewat ke kelas.  Kami dimaklumkan bahawa pelajar ini berkemungkinan akan menghadapi risiko yang berat atas kesalahan yang telah dilakukan.  Saya pula sebagai ketua kelas diminta oleh guru Kimia untuk bertanggungjawab dan amanah dengan bertindak seperti yang diarahkan agar perkara ini tidak berulang.  Semasa kelas Seni Persembahan, kami telah berlatih muzik ghazal dengan tajuk lagu ‘YA SALAM‘.Latihan ini adalah untuk persediaan persembahan di Langkawi serta persembahan semasa ‘ FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE ‘ yang akan  berkemungkinan berlangsung pada bulan September.

                   Pada sebelah malam pula, rasanya tiada apa-apa pun yang menarik hendak diceritakan.  Semuanya sama iaitu selepas solat Isya’, ke kelas prep dan balik sempat untuk menyiapkan jurnal ini. Saya berharap saya tidak akan bertangguh-tangguh tugasan. Oleh itu saya menamatkan jurnal saya untuk hari ini dahulu.  Jumpa esok, ye.