Tuesday, 16 February 2016

Bajet 2016


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan perutusan khas pengubahsuaian Bajet 2016 Belanjawan Malaysia pada hari Khamis 28 Januari 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Tujuan pengubahsuaian ini adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Datuk Seri Najib membandingkan senario ekonomi negara ketika negara megalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998. Pada masa itu, pekerja diberhentikan secara mendadak, rizab antarabangsa menyusut, inflasi meningkat dan hatta indeks pasaran saham jatuh menjunam. Negara juga telah mengalami kegawatan ekonomi ada tahun 2008 hingga 2009.  Namun, atas dasar prihatin daripada pihak kerajaan, pertumbuhan ekonomi negara terus ampuh dan kadar inflasi terkawal. Pada tahun ini, perdagangan dunia dijangka menyusut dan ia akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan daripada tahun-tahun yang lalu. Negara-negara lain juga turut menerima kesan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

 Menyedari hakikat ini, Datuk Seri Najib, bersama-sama dengan Jemaah menteri mengambil inisiatif untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan langkah-langkah pengubahsuaian terhadap bajet 2016. Beliau menyatakan bahawa negara ini tidak dan masih belum berada dalam kegawatan ekonomi. Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Oleh itu, beliau mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian, yang bertujuan untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara, kekal berada pada jajaran yang betul. Antara salah satu penstrukturan dan pengubahsuaian yang dikemukakan ialah kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 hingga Disember 2017. Namun begitu, caruman majikan kekal. Penambahbaikan yang berkaitan adalah mengenai pembangunan fasiliti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pendidikan, kakitangan atau penjawat awam, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan GST dan sektor pelancongan.

Antara penambahbaikan lain yang dinyatakan adalah rancangan pembinaan 10 UTC di Labuan, Sg Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawan, Keningau, Seremban dan Kangar, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan terus disalurkan kepada mahasiswa, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemukakan seluruh dunia, kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk pelantikan secara kontrak dalam perkhidmatan awam, Program BR1M dan kebajikan akan terus dilaksanakan bagi memberikan nikmat kepada rakyat. Akhir sekali, pelancong dari China tidak perlukan visa untuk memasuki Malaysia bermula 1 Mac hingga 31 Disember 2016, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.

Kesemua langkah yang dibentangkan dijangka dapat menjimatkan sehingga sembilan bilion ringgit perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Beliau juga menegaskan bahawa sesebuah negara maju bukan sahaja kerana dasar-dasar yang betul dan baik, malahan juga kerana sumbangan daripada segenap lapisan masyarakat.

Kesimpulannya, dalam kehidupan dan hidup di dalam negara yang berkerajaan, setiap orang perlu memainkan peranan, saling ganding bergandingan, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan. Kita harus berfikiran bahawa realitinya kita masih berada dalam keadaan yang stabil dengan pertumbuhan yang kukuh, sekaligus mampu bertahan lagi kekal terus berdaya saing. 

Monday, 15 February 2016

10 Gaya Bahasa

1. Hamparan kasihku (asonansi)

2. Kuletakkan di langkah setiamu (aliterasi)

3. Kadangkala ada akhir tak ada mula (ironi)

4. Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari (metafora)

5. Menyetak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru (personifikasi)

6. Secara kesimpulannya, perutusan penstrukturan dan pengubahsuaian ini, sama juga seperti perutusan tahun lepas, bukanlah satu bajet yang baharu (perulangan)

7. Tak adalah tidak (sinkope)

8. …saling ganding berganding, berat sama dipikul, ringan pula sama dijinjing, (pengulangan)

9. …pandanglah yang Satu kepada yang ramai, pandanglah yang ramai kepada yang Satu, itulah dia sumber kekuatan. (anafora)

10. Disebut orang sejak dahulukala,… (hibrid)