Monday, 1 August 2016

Laporan IFSC 2016


          Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis yang lalu,iaitu 26,27 dan 28 Julai, Pusat PERMATApintar Negara telah menjadi tuan rumah sekali lagi. Tahun ini,iFSC bertemakan 'Breaking Boundarie, Shaping the Future'. Terdapat banyak sekolah yang menyertai program ini. Peserta terdiri daripada pelajar sekolah seperti SBP, MRSM, Sekolah Kluster, MTD.

Majlis perasmian berlangsung pada 26 Julai, bersamaan hari Selasa, pada jam 2:30 petang. Majlis bermula setelah kesemua peserta dan para VIP telah tiba. Ketibaan para tetamu kehormat telah diiringi dengan paluan kompang beberapa orang pelajar. Majlis dimulakan dengan nyanyian negaraku dan varsiti kita. Kemudian, disusuli dengan bacaan doa oleh pelajar Kolej PERMATApintar Negara. Majlis dirasmikan oleh Naib Timbalan Canseleri Univeristi Kebangsaan Malaysia.Selepas itu, dua persembahan tarian telah dipersembahkan oleh pelajar SP (seni persembahan) yang teridiri daripada beberapa orang pelajar asas 2. Seterusnya, satu video montaj telah ditayangkan. Selesai sahaja tayangan video itu, dijemput Prof Dato' Dr. Noriah untuk memberikan ucapan alu-aluan kepada peserta-peserta program ini. Tidak lama selepas itu, tamatlah majlis permasmian.

 Pada keesokan harinya, bersamaan dengan 27 Julai, pada awal pagi terdapat pembentangan daripada seluruh kumpulan yang bertanding. Pelajar-pelajar yang tidak terlibat melawat pameran-pameran yang disediakan. Mereka juga bertanyakan maklumat daripada pelajar yang bertugas untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Antara perkara yang telah dikaji dan dibuat oleh kumpulan yang bertanding ialah sertu soap, smart table, infinity spoon dan lain-lain. Kajian-kajian dan pembentangan daripada semua kumpulan amatlah menarik dan ideanya sungguh kreatif.Kelihatan di Auditorium itu sangat sibuk dan sesak dengan pelajar-pelajar yang bertanding mahupun yang tidak bertanding.

       Pada sebelah petangnya pula, terdapat bengkel daripada Prof Dr. Shahidan Radiman dengan tajuk bengkelnya ' my ramblings through Science: from Nanomaterials to Nuclear Structures to Cosmology and Blackhole physics '. Bengkel beliau diadakan selama dua jam iaitu dari pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang di Auditorium.  Selepas itu terdapat minum petang tetamu jemputan kehormat. Ramai juga yang pergi semula melihat pameran-pameran yang masih belum dikemaskan.

       Pada keesokan harinya, iaitu 28 Julai bersamaan dengan hari terakhir International Future Scientist Conference 2016, pada waktu pagi itu terdapat sebuah bengkel dengan seorang Profesor dari Universiti Putra Malaysia ( UPM ). Bengkel beliau tidak membosankan dengan slide yang terdapat banyak gambar dan gaya percakapan beliau yang tidak mengantukkan. Selepas rehat, terdapat majlis penutupan iFSC 2016.

No comments:

Post a Comment