Monday, 2 May 2016

23 Mac

Pada pagi ini, sajian minda bagi saya dan rakan-rakan F3K3 adalah ilmu Bahasa Melayu, kemudiannya dicergaskan dengan waktu Pendidikan Jasmani seterusnya pula diterapi dengan ilmu Agama Islam atau PAI serta ilmu Muzik.    Sewaktu kelas Bahasa Melayu, kami telah dapat tugasan iaitu perlu membuat terjemahan perkataan BI kepada BM.  Terdapat sebanyak 95 patah perkataan kesemuanya.  Kami telah diagihkan kepada beberapa kumpulan.  Semasa aktiviti ini dilaksanakan, kumpulan lain semua sibuk menaip perkataan yang juga ditaip oleh cikgu Mior di skrin LCD.  Sebenarnya, boleh sahaja kita melakukan tindakan yang lebih bijak .  Seseorang itu telah dikurniakan akal oleh Allah, dengan akal itulah kita gunakan untuk bertindak dan berfikir.  Dalam situasi ini, kumpulan saya telah berjumpa sendiri dengan Cikgu Mior untuk ‘menyalin’ dan ‘menampal’ fail yang terdapat daripada PC cikgu Mior sahaja.  Ini sudah memudahkan tugasan bagi kumpulan saya kerana tidak perlu menaip apa yang terdapat pada paparan skrin tadi. Oleh itu, kami hanya perlu mencari terjemahan BM sahaja.

Sewaktu mata pelajaran P.Jasmani pula, saya sangat gembira ketika bermain dodgeball.  Permainan ini sememangnya sangat menyeronokkan.  Ini merupakan kali kedua kami bermain.  Kumpulan saya ialah  Amer, Aqil, Nadia, Athirah,  Leah dan Faten.  Setelah bermain dan menang beberapa kali, Faten telah dipindahkan ke kumpulan musuh dengan alasan kumpulan kami terlebih seorang ahli dan  asyik menang sahaja.   Saya gembira, berbangga dan bersyukur kerana dalam permainan kali ini, saya seorang sahaja antara rakan-rakan sekelas yang tidak pernah ‘mati’ atau keluar untuk 5 round.  Saya juga telah menjadi ‘ bodyguard ’ kepada ahli saya iaitu Amer dan Aqil.  Mengimbas kembali ketika pertama  kali saya bermain permainan dodgeball iaitu sebelum peperiksaan 1, saya juga telah menjadi ‘ bodyguard ’ kepada Izzati. Ketika itu saya juga telah menjadi ‘ Queen ’ .  Seperkara yang saya tahu, gueen tidak boleh terkena bola, jika queen mati, satu kumpulan akan mati, tetapi saya menang dan saya juga telah menjadi bodyguard dan queen saya terselamat.  Tetapi, dalam kegembiraan bermain permainan ini juga tercalit sedikit kekecewaan kerana di dalam perlawanan akhir, Syed telah berjaya membunuh Queen kumpulan saya iaitu Amer. Saya sedih kerana tidak berjaya menjadi ‘ bodyguard ’ Amer dengan bagus.  Daripada permainan ini saya dapat lihat beberapa nilai yang boleh diperolehi antaranya memupuk semangat kerjasama, sepakat dan bertanggungjawab dalam pasukan serta merapatkan ukhuwah di samping bertoleransi dan berusaha untuk berjaya.  Hari ini kelas Muzik terpaksa ditangguhkan kerana kai dimaklumkan cikgu tiada kerana keluar melawat kematian.  Sebelum waktu Koko, saya telah membuka ‘whatsup’  dan terbaca bahawa kelas koko tiada.  Oleh kerana kepenatan dan sudah dimakllumkan petang ini saya tiada kelas koko saya tertidur.  Seteelah terjaga daripada tidur saya membuka semula ‘whatsup’ dan terbaca pula rakan-rakan mengambil keputusan mengadakan koko.  Rupa-rupanya saya telah terlepas tetapi kebimbangan saya terubat juga sebab dimaklumkan guru koko kami tidak hadir kerana berada di wad.

Malam ini, kami telah mendengar ceramah daripada Ustaz Saifun.  Saya mendengar cermah beliau dengan penuh kusyuk kerana tajuk yang disampaikan oleh beliau memang sangat saya gemari. Saya belajar Hadis 40.  Pelbagai ilmu yang telah dicurahkan oleh beliau.  Pada malam ini juga , saya ke kelas Arab.  Kami telah diberi markah bagi peperiksaan baru-baru ini.

Malam ini sebelum tidur terasa cuaca amat panas.  Tetapi kerana keletihan pada siang hari, dalam cuaca yang panas ketika ini saya dapat juga melelapkan mata.  Allahdulillah, Ya Allah panjangkan umurkan dan murahkanlah rezekiku untuk esok hari.

No comments:

Post a Comment