Tuesday, 12 January 2016

Program Re-Orientasi 2016

BANGI, 5 Januari - Pusat PERMATApintar Negara telah mengadakan satu program yang dinamakan program re-orientasi. Institusi ini ditubuhkan dibawah naungan isteri perdana menteri Malaysia iaitu Seri Paduka Datin Seri Rosmah Mansor bertujuan untuk mengasah bakat-bakat pelajar pintar berbakat dari seluruh Malaysia. Program re- orentasi ini diadakan bagi mengemaskini maklumat-maklumat dan membetulkan minda para pelajar mengenai persekolahan setelah bercuti panjang. Program re- orentasi diadakan sepanjang hari bermula dari 8.30 pagi hingga ke 10 malam.
        
             Tentatif program bermula dengan taklimat dari pengarah Pusat PERMATApintar Negara iaitu Profesor Datuk Dr. Noriah Binti Mohamad Ishak. Beliau banyak membicarakan mengenai cara pemikiran para pelajar, visi dan misi Pusat PERMATApintar Negara. Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan dari Ketua Hal Ehwal Akademik iaitu Puan Aisyah. Beliau membicarakan perkara yang berkenaan dengan kurikulum, kehadiran Pdp, penilaikan dan juga penyelidikan.

             Program berehat sebentar selama setengah jam untuk memberi laluan kepada para pelajar untuk menikmati minum  pagi yang telah disediakan oleh pihak Dewan Makan. Program diteruskan lagi dengan taklimat dari Ketua Hal Ehwal Pelajar iaitu Profesor Madya Rolinda yang berkaitan dengan aktiviti pelajar sepanjang tahun 2016, peraturan harian di Pusat PERMATApintar Negara dan juga aktiviti mobiliti iaitu program pertukaran pelajar ke luar negara.

             Program sekali lagi direhatkan bagi memberi laluan kepada pelajar muslim menunaikan kewajipan mereka menunaikan solat Zohor. Selepas itu, program diteruskan dengan ucapan dari Encik Mior selaku Ketua Penyelaras Kokurikulum. Seterusnya, para kaunselor memberikan taklimat dalam skop masing-masing. Program berakhir selepas taklimat bahagian asrama dilakukan pada malam hari.

No comments:

Post a Comment