Monday, 27 October 2014

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Amer Asyraf bin Aminuddin
Pusat PERMATApintar™  Negara
Universiti Kebanggsan Malaysia
43600
Selangor
                                                                                                                                                           
Y.A.B Dato’ Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak
Pejabat Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502
Putrajaya                                                                                                         28 Oktober 2014

Dato’ Sri
JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PELAJAR  PUSAT PERMATApintar™ NEGARA 2014
            Merujuk perkara di atas, pihak Pusat PERMATApintar™ Negara ingin menjemput Y.A.B Dato’ Sri, untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama pelajar Pusat PERMATApintar™ Negara 2014.
2.         Maklumat adalah seperti berikut
            Tarikh              :           14 November 2014
            Tempat            :           Auditorium Pusat PERMATApintar™ Negara
            Masa                :           10.00 malam
            Keprihatinan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada Dato’ Sri terhadap jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.



AMER ASYRAF BIN AMINUDDIN
Pengarah
Pusat PERMATApintar™  Negara
Universiti Kebanggsan Malaysia
43600

Selangor

Ciri-Ciri dan Format Karangan

Surat Kiriman Rasmi

Format Rasmi

[I1]Garisan lurus

[I2]Nama dan alamt penerima

[I3]Tarikh

[I4]Kata hadapan

[I5]Tajuk/perkara

[I6]Pendahuluan

[I7]Isi surat

[I8]Penutup

[I9]Tandatangan, nama dan jawatan

Laras bahasa biasa:

Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Taklimat

1)Taklimat satu taraf khalayak
a) Tajuk
b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
c) Kata alu-aluan
d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan sedikit ringkasan taklimat.
e) Kandungan taklimat
f) Penutup
g) Sesi soal jawab

Taklimat dua taraf khalayak
a) Tajuk
b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa.
c) Puji-pujian
d) Ringkasan sembah taklimat
e) Kandungan
f) Sesi soal jawab
Laras bahasa biasa:

Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Laporan
Muka Hadapan (Kulit laporan)

Tajuk Aktiviti

Tarikh & Lokasi

Nama Penganjur

Tarikh Laporan Disediakan

Laporan Eksekutif

1.0 Pengenalan

Secara ringkas nyatakan tujuan program dilaksanakan.

2.0 Latar Belakang

Bila dan dimana aktiviti dilaksanakan.

Bilangan peserta yang hadir.

Matlamat yang ingin dicapai.

Kaedah pelaksanaan.

Bahan-bahan peralatan yang digunakan.

Aktiviti-aktiviti yang diikuti.

Pengendali/fasilitator yang terlibat.

3.0 Huraian Penilaian

Maklumbalas peserta.

Maklumbalas daripada pihak luar (jika berkaitan).

4.0 Pencapaian Aktiviti

Hasil yang dicapai dari pelaksanaan aktiviti.

Perbandingan hasil dengan matlamat.

5.0 Kemajuan/Masalah

Secara ringkas huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti.

6.0 Cadangan

Huraikan cadangan untuk penambahbaikan.

Gambar Aktiviti (Lampiran)

6 keping gambar asal (saiz 4R) berserta kapsyen.

6 keping gambar berserta 6 keping gambar asal (saiz 4R) beserta kapsyen dilampirkan sekiranya mendapat peruntukan gambar dan laporan.

8.0 Penutup

Rumusan aktiviti.

Ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit.

Minit mesyuarat

Komponen Minit Mesyuarat

Aluan Pengerusi
Pengesahan Minit Mesyuarat dan Pindaan
Perkara-Perkara Berbangkit
Pembentangan Kertas Kerja atau Mengemukakan Laporan
Hal-Hal Lain
Penangguhan
Format Minit Mesyuarat

Format minit disusun mengikut agenda mesyuarat.
Catatan nama ahli mesyuarat disusun mengikut kekananan ahli yang hadir.
Minit mesyuarat direkodkan secara tepat, jelas dan padat.
Catatan setiap perkara yang dibincangkan hendaklah menunjukkan sama ada Tindakan atau Makluman sahaja.
Nama penyedia minit, penyemak dan Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengesahkan dicatat.
Tarikh minit disediakan.
Laras bahasa biasa:

Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Berita

Karangan jenis berita bertujuan untuk memberi maklumat, pengetahuan, atau hiburan kepada pembaca. Karangan berita perlu ditulis menggunakan bahasa yang mudah, padat, ringkas, dan tidak mempunyai banyak makna, elakkan penggunaan bahasa yang berbunga.

Karangan berita yang baik perlu ada beberapa maklumat asas yang ingin diketahui oleh pembaca. Berita yang ditulis perlu menjawab soalan-soalan seperti apa yang berlaku, di mana, bila, siapa, mengapa, dan bagaimanakah kesudahan atau akidatnya.

Isi yang paling penting hendaklah didahulukan dan setiap isi ditulis dalam satu perenggan.

CONTOH KARANGAN JENIS BERITA

Banjir Kilat di Pekan Panchor

MUAR,  30 November-Satu kejadian banjir  kilat  telah melanda Pekan Panchor, dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air sedalam satu meter.

Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula naik pada pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air melimpah kerana longkang yang tersumbat.

Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat. Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah lumpur mengalir ke longkang.

Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya termasuklah perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku itu. Mereka juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana tidakbertanggungjawab.

Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Laras bahasa biasa:

Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya. Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

Monday, 20 October 2014

Latihan


Latihan :

Gelaran keturunan

KETURUNAN RAJA-RAJA YANG MEMERINTAH

1. Raja = Perak dan Selangor
2. Tunku / Ungku = Johor dan Kedah
3. Tengku / Engku = Kelantan, Pahang, Terengganu
4. Tuanku = Negeri Sembilan
5. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = Brunei

KETURUNAN ORANG BESAR-BESAR

1. Abang = Sarawak
2. Datu = Sabah
3. Awangku, Dayang = Brunei
4. Megat, Puteri, Meor = Perak
5. Nik = Kelantan
6. Tan = Kedah
7. Tuan = Terengganu
8. Wan = Kelantan dan Terengganu

KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

1. Syed
2. Syarifah

KETURUNAN YANG BERASAL DARI LUAR MALAYSIA

1. Teuku, Teungku = Acheh
2. Raden = Jawa
3. Sutan, Sidi = Minangkabau
4. Daeng = Bugis

Gelaran Anugerah

DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA

DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.) Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.

DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.) Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’.

PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan isteri penyandang bergelar ‘Puan Sri’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad

AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.

PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan isteri penyandang bergelar ‘Puan Sri’. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA
PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.) Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran ‘Datuk’ dan isteri penyandang bergelar ‘Datin’. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran ‘Datuk’ dan isteri penyandang bergelar ‘Datin’.

JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.) Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.

DARJAH BAKTI

DARJAH BAKTI (D.B.) “Berbakti Untuk Negara”. Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.

DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P) Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.) Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.) Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.) Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI

PINGAT KEBAKTIAN (P.K.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.) Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.) Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.) Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

PINGAT-PINGAT PERINGATAN

PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.) Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.

SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN
1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P.
2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M.
3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N.
4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N.
5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M.
6 DARJAH BAKTI D.B.
7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N
8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M.
9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N.
10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D.
11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N.
12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M.
13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D.
14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N.
15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D.
16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N.
17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N.
18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D.
19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B.
20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P.
21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U.
22 PINGAT KEBAKTIAN P.K.
23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B.
24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A.
25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K.
26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S.
27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M.
28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -
Informasi tambahan
(1) Suami dapat panggilan ‘Datuk’, secara automatik orang rumahnya dipanggil ‘Datin’ (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah ‘Datuk’, secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja … ..hehehhehheh…
(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya – kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA ( D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.

Gelaran Ikhtisas

PROFESOR DIRAJA

1. Gelaran untuk profesor lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai kemuncak dalam lapangan akademik

PROFESOR EMERITUS

1. Profesor yang sudah bersara
2. Masih mengekalkan gelaran itu sebagai penghormatan

PROFESOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademik

PROFESOR MADYA

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Taraf akademik satu tingkat di bawah profesor

DOKTOR

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Untuk mereka yang berkelulusan Doktor Falsafah
3. Untuk doktor dalam bidang perubatan, pembedahan, pergigian, veterinar
4. Untuk penerima Doktor Kehormat

CIKGU

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Orang yang menjadi guru (pendidik)

USTAZ/USTAZAH

1. Gelaran untuk lelaki dan perempuan
2. Guru agama Islam