Friday, 16 May 2014

Novel

Bola Hidupku
Bab 1 (Kelahiran Bintang)
“Hoi! Passing-lah. Jangan main seorang diri!” jerit Khairol.
“Sabarlah, aku sedang test skil yang abah aku ajar” ujar Fazli.
“Skil apa? Aku tengok macam tak ada skil saja” balas Khairol. Fazli terus membuat skil yang pernah diajar oleh bapanya.
“Aku sudah agak, kau mesti kalah menggelecek dengan aku” kata Fazli. Khairol yang melihat skil Fazli terus mengejar bola dengan muka tak puas hati.
“Alamak, habislah aku! Anak Pak Suffian hendak rembat aku” Ijey sebagai penjaga gol terus cemas apabila Fazli meluru kepadanya. Fazli tanpa berfikir panjang terus merembat bola dengan sekuat hati. Bola tersebut terkena dinding lalu meluru ke kaki Pak Sufian.
“Hah, apa benda pula itu? Bola rupanya. Budak-budak ni main tak kira masa. Tak penat ke. Dahlah aku dah pening mencari...” leter Suffian yang berumur 40 tahun juga bapa kepada Affan.
 “Di manalah aku meletakkannya. Di dalam bakul tak ada, di bawah TV juga tak ada. Dimakan tikus agaknya” kata hati Suffian dengan muka yang cemas seperti mencari-cari sesuatu.
“Eh, tak siap lagi suami aku ni? Apa lagi yang dicarinya itu?” fikir Puan Basya yang sedang sarat mengandung.
 “Abang cari apa?” dia cuba menanyakan suaminya. Suaminya hanya diam sambil menggaru-garu kepala dan terus mencari-cari.
“Tak jawab pula dia ni”.
 “Abang cari apa? Cubalah beritahu” dia terus bertanya.
 “Eh, bila masa pula awak ada di belakang saya?” tanya Suffian terkejut.
 “Dari tadi lagi” jawab isterinya bersahaja.
 “Petang ni abang ada perlawanan penting. Tetapi ia hilang pula” jawab Suffian.
“Kasut, beg dan barang-barang lain sudah abang siapkan. Tinggal benda itu sahaja. Pening abang dibuatnya” sambungnya.
 “Ooo... ini mesti benda ‘itu’, kan?” jawab isterinya sambil tersenyum.
“Ada di luar sana”.
“Di luar? Awak buang?” tanya Suffian cemas.
“Saya sidaikan, bukannya buang!” jelas Basya.
“Laaa... di ampaian luar rupanya. Separuh nafas aku cari di dalam rumah” kata hati Suffian.
“Kenapa tak beritahu awal-awal?” tanya Suffian kepada isterinya.
“Tadi saya  tanya abang tak jawab” sindir Basya.
“Ok lah, saya pergi dulu” kata Suffian.
 “Baik. Tapi, abang jangan balik lewat sangat ya. Saya ni tunggu masa saja” kata Basya.
 “Jangan risau, abang pergi sekejap saja. Maghrib nanti abang baliklah” pujuk Suffian.
“Tunggu abah balik, ya. Jangan nakal-nakal” kata Suffian sambil mengusap-usap perut isterinya.
“Ada-ada saja abang ni” ujar Basya tersenyum.
  “Cik Li! Tu abah kau” kata Khairol sambil menunjuk ke arah Suffian.
 “Eh, abah dah nak pergi?” tanya Fazli. Permainan bola sepak yang dimainkan oleh sekumpulan budak-budak sebentar tadi berhenti serta merta.
“Selamat berjaya abah, abah mesti menang, ya” kata Fazli sambil mencium tangan bapanya.
 “Fazli dan kawan-kawan yang lain tolonglah doakan sekali supaya abah menang”.
“Baiklah abah” jawab Fazli.
“Aku dah lambat ni. Mesti kena marah dengan mereka nanti. Hahaha!” Suffian ketawa sendiri.
 “Aku tak boleh tinggalkan baju ni. Entahlah, barangkali nombor ini sudah sebati dengan jiwa aku. Harapnya aku menang lagi hari ini! Manalah tahu, kalau-kalau nombor ini juga akan membawa tuah kepada anak-anak aku nanti. Insya-Allah”. Suffian memegang erat bajunya yang bernombor 11 tersebut. Sesekali di mencium baju itu.
“Mana Pian? Sudah berzaman kita tunggu di sini. Ini mesti sebab dia tonton cerita Hindustan” marah Badrol.
“Jika ikutkan hati, mahu saja aku pandu lori ni” sambungnya.
“Haaa, pandulah. Tunggu apa lagi?” kata Azri. “Emmm, aku tak ada lesen memandu lori. Sekarang sudah pukul 11 pagi. Perlawanan kita bermula pukul dua sekejap lagi”.
“Yuuhuu, my friends!” Suffian tiba-tiba muncul.
“Haaa.. itu pun dia” kata Azri.
“Naiklah cepat, Badrol. Nanti terlambat pula. Hehehe” kata Suffian.
 “Kau yang lambat” balas Badrol.
3.15 petang. Perlawanan liga bola sepak antara Batalion 5 dan Batalion 6 berlangsung sengit. Liga bola sepak antara batalion polis adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat di sekitar Cheras. Acara tahunan ini sungguh menarik dan meriah. Pemain nombor 11 daripada Batalion 5 dihimpit kuat oleh pemain nombor 7 daripada Batalion 6.
“Pian? Huh!”.
“Ajis?”. Mereka berdua memang dikenali ramai kerana mutu permainan yang sangat baik.
“Pian! Rembat, Pian!” jerit penyokong-penyokong Batalion 5.
“Aduh!” Suffian jatuh kerana dikasari oleh Aziz.
Pengadil terus meniupkan wiselnya dan memberi sepakan percuma kepada pasukan Batalion 5. Badrol mengambil sepakan tersebut. Dengan lafaz bismillah dia merembat bola tersebut. Bola itu terlalu tinggi melepasi kepala Suffian.
“Ini... Ini macam boleh saja” bisik hati Suffian.
“Pian! Sekarang, kau boleh buat Pian!” jerit Badrol. Suffian terus melibas bola tersebut dengan sekuat hati.
“Gol atau tidak?” penyokong tertanya-tanya.
Pukul 4.30 petang di Hospital Kajang. “Cepat, doktor! Dah nak bersalin sangat nampaknya isteri saya ni” kata Suffian yang membawa isterinya ke bilik bersalin.
“Selamat ataupun tidak? Anak lelaki ataupun perempuan? Lama pula prosesnya, entah-entah anak kambar? Eh, apa aku mengarut ni?” hati Suffian semakin tidak tenang. Anak-anaknya yang lain menanti adik baru mereka di bangku.
“Doktor dah keluar. Doktor, bagaimana isteri dan anak saya? Hati saya dah tak tenang ni” kata Suffian.
“Drama swasta betul bapa budak ni” kata hati doktor perempuan tersebut.
“Encik Suffian, bawa bersabar. Saya ada sesuatu mahu tanya encik” kata doktor itu.
“Tanya apa pula? Semakin berdebar aku dibuatnya” Suffian semakin cemas.
“Abah, bagaimana dengan ibu? Abah?” tanya ketiga-tiga anaknya.
“Bertenang, saya hendak tanya, adakah... Adakah Encik Suffian menang perlawanan tadi? Berapa gol yang encik jaringkan?” tanya doktor itu sambil ketawa.
“Ishh, melawak pula doktor ni. Geram pula aku” kata hati Suffian.
“Jangan risau, isteri Encik Suffian selamat melahirkan bayi lelaki.
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih, ya Allah! Anak lelaki ketiga. Seronoknya!” kata Suffian.
Tendangan tadi menuju tepat ke arah gol. Penjaga gol Cuma mampu berputih mata melihat bola masuk melalui celah kangkangnya.
“Alhamdulillah, berjaya! Kemenangan tadi abah hadiahkan untuk anak baru abah.














Bab 2 (Muhammad Wafiy)
Seminggu selepas kelahiran bayi dalam keluarga Encik Suffian, sebuah majlis kesyukuran diadakan. Jiran-jiran satu blok dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.
“Terima kasih, Abang Sudin kerana sudi datang. Kalau tak, tak meriahlah majlis saya ni”.
“Ahhh, merepeklah kau ni, Pian!”.
“Betul, bang”. Suffian memang disenangi ramai kerana sikap ramah mesranya.
“Alhamdulillah, ramai yang datang” kata Suffian.
Basya yang sedang mendukung anaknya merenung jauh ke matanya. Memikirkan masa depannya.
“Tahniah, bertambah rezeki awak lepas ni”.
“Insya-Allah, mudah-mudahan, kak” jawab Basya.
“Comelnya anak awak. Nyenyak betul dia tidur”.
“Tengok jambul itu. Comelnya! Kena simpan hingga dia besar ni”.
“Bertubuh betul badannya. Tengoklah kakinya itu, tegap. Ada gaya menjadi ahli sukan seperti ayahnya”. Bertalu-talu anak Suffian dan Basya dipuji.
“Insya-Allah, saya tak kisah sangat. Tapi, ayahnya yang nak sangat dia jadi ahli sukan” jawab Basya sambil tersenyum melihat suaminya.
“Assalamualaikum, Suffian Hamzah!”
“Hah! Wa.. Waalaikumussalam, chief! Jemput masuk, chief!” jawap Suffian sambil tabik hormat kepada majikannya, Chief Hadi yang tegap dan berkumis tebal.
“Kamu ni, tak perlulah panggil saya chief. Sekarang bukan waktu bertugas”
“Hahaha! Saya memang hormat tuan setiap masa. Terima kasih sebab sudi datang ke majlis saya ni”
“Sama-sama, mana anak kamu Suffian?” tanya Chief Hadi
“Anak? Anak yang mana satu tuan?” jawab Suffian dengan muka yang pelik.
“Ya Rabbi! Anak kamu yang baru lahir lah” balas Chief Hadi sambil menggeleng kepala.
“Ohh, maaf, tuan. Anak saya ramai. Sebab tu saya keliru. Hehehe” Suffian tersenyum malu.
“Kak Long, mari sini, bawa adik-adik sekali” Suffian memanggil anak-anaknya.
“Ok, abah” balas anaknya yang sulung sambil memanggil adik-adiknya yang lain.
“Inilah anak-anak saya, tuan. Termasuk anak yang baru lahir itu, semuanya lapan orang”
“Wah, murahnya rezeki kamu, Suffian” kata Chief Hadi. “Elok juga semuanya ada. Boleh lah kamu kenalkan mereka kepada saya. Selama ini, saya kenal muka budak-budak ini saja” sambungnya lagi.
“Baik, tuan” balas Suffian tersenyum.
“Yang comel dan malu-malu itu namanya Norlita, sembilan tahun. Kakaknya itu Norliza, 10 tahun. Kemudian Norina, 12 Tahun. Yang suka senyum itu pula Normalayati, 13 tahun. Ini yang sulung, namanya Suzana, 15 tahun. Yang tinggi itu pula, anak lelaki pertama saya. Namanya Azrul, 14 tahun. Yang bongsu ni... ehhh?” sedang Suffian mengenalkan anak-anaknya, baru dia perasan anak bongsunya, Fazli  hilang dari pandangannya.
“Ke mana dia pergi?” tanya Chief Hadi.
“Ermm.. Saya pun tidak perasan” balas Suffian
“Di situlah, abah. Dia sedang sibuk bermain katak kertas dengan kawan-kawannya” jawab Azrul sambil menunjuk jari ke arah Fazli bersama beberapa orang kawannya.
“Hehehe. Maaf, tuan. Itu Fazli, baru lima tahun” kata Suffian sambil menggaru-garu kepalanya.
“Biasalah tu Suffian, budak-budak” senyum Chief Hadi.
“Anak-anak ni memang anugerah dan amanah daripada Allah.  Saya doakan kamu tabahkan hati dan bersabar membesarkan mereka semua. Saya mahu mereka ikut jejak kamu, sukakan sukan” sambung Chief Hadi lagi.
“Amin! Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi mereka, tuan” balas Suffian. Suffian merenung jauh ke arah anaknya. “ Sudah tentu aku mahu anak aku menjadi bintang sukan. Tak kisahlah badminton, bola sepak, hoki atau sukan apa sekalipun. Yang penting, dapat mengharumkan nama agama, bangsa dan negara, insyaAllah” bisik hati Suffian.
 “Abang, dah fikir nak bagi nama anak kita?” tanya Basya kepada suaminya.
“Ermm, nama anak kita adalah Muhammad Wafiy” jawab Suffian.
“Muhammad Wafiy bin Suffian. Sedap juga” kata Basya
“InsyaAllah akhlaknya juga secantik namanya” Suffian tersenyum.
“Adoi, dapat lagi seorang adik lelaki yang aktif. Susahlah Ija macam ni” rungut anak Suffian, Ija kepada ibunya.
“ Hihihi! Tak payah risau, ibukan ada? Kak Long, Kak Yam, Kak Ina pun ada” balas ibunya.
“Mengada-ngada je Ija ni” kata Kak Long.
“Hehehe” Ija tersenyum malu.



















Bab 3 (Lari!)
“Hehehe! Tak ada orang, boleh main puas-puas!” kata Wafiy yang berumur lima tahun.
“Yeah! Gol pertama! Gol kedua! Gol ketiga! Jaringan hat trick! Yahuu!” jerit Wafiy seorang diri sambil merembat bola angin bercorak ‘Superman’ ke arah dinding yang diconteng agar nampak seperti gol.
“Hmmmmmm.. Mudah sangat jaringkan gol. Aku kena cuba skil lain, baru cool” kata Wafiy. Dia cuba membuat sesuatu yang hebat bagi budak berumur lima tahun. “Fuh, hebatnya aku. Tapi... Bosanla pula main sorang-sorang, tak ada kawan”
“Wafiy! Wafiy! Mana kau?”
“Alamak! Siapa pula cari aku ni?” kata Wafiy.
“Haaa, Wafiy! Dekat sini kau rupanya”
“Adi! Ada pun kau!” ujar Wafiy.
“Apa? Memanglah aku ada. Puas aku cari kau tadi. Cik Li (Fazli) cari kau. Dia suruh kita tolong abah di gerai. Jomlah kita pergi” jawab Adi adik kepada Wafiy yang berumur empat tahun.
“Alaaa.. Nantilah, aku nak main bola dulu” rungut Wafiy sambil memeluk tubuhnya.
“Main bola? Mana boleh main bola sorang-sorang. Hehehe” kata Adi lalu merembat bola tersebut ke arah dinding dengan kuat.
“Bam!” bunyi bola yang ditendang ke arah dinding.
“Opocot! Nasib baik tak kena aku” marah Wafiy kepada adiknya. “Tapi... Hehehe” muncul satu idea dari kepala Wafiy.
“Adi, kau jadi penjaga gol. Kita main sepakan penalti nak tak?” tanya Wafiy kepada adiknya.
“Alaaaa... oklah, oklah!” Adi menjawab dengan tidak puas hati.
“Semua dah cukup? Ada apa-apa lagi tertinggal?” tanya Suffian yang sedang membawa setandan pisang.
“Semua dah cukup agaknya. Along dan Yam sedang bancuh air” jawab Basya sambil meletakkan pisang ke dalam minyak mendidih.
“Yam, macam mana air jagung tu? Dah siap?” tanya Kak Long.
“Sikit saja lagi, Kak Long” jawab Yam
“Oh, ya! Mana kuih-muihnya, bang?” tanya Basya kepada suaminya
“Sekejap lagi saya ambil” jawab Suffian.
“Tak payah susah-susah abah. Tu Cik Li sedang bawakan kuih-muih tu” jawab Yam sambil menunjuk ke arah Fazli.
“Erghhh! Apa ada dalam mangkut tingkat ni? Kuih ke besi? Beratnya! Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini ya Allah” keluh Fazli yang mengangkat mangkut tingkat berisi kuih-muih dari rumahnya hingga ke gerai bapanya.
“Kuih donat, karipap dan cucur badak dah sampai! Letihnya...! Kak Long, bersimpatilah sikit. Tuangkanlah air jagung tu. Dari jauh tadi nampak sedap sangat” rayu Fazli kepada kakaknya.
“Kesian adik kakak ni. Mari sini” jawab Kak Long sambil menuang segelas air jagung kepada Fazli.
“Mana adik kamu, Si Adi dan Wafiy?” tanya Basya kepada anaknya.
“Li dah panggil tadi. Kejap lagi mereka turun. Kalau tak, siaplah mereka Li kerjakan!” jawab Fazli sambil menogak air jagung tersebut.
“Janganlah garang sangat. Mereka berduakan masih kecil” kata Basya.
“Kecil apanya, ibu? Dah membesar bagai gajah, bukannya kecil lagi” jawab Fazli dengan gelojoh.
“Ada-ada saja kamu ni, Cik Li” senyum Basya.
“Tapi betul juga, mana budak-budak tu?” tanya Suffian.
“Sedia lah! Aku nak buat rembatan kencang” jerit Wafiy.
“Cepatlah sepak, aku dah berjanggut tunggu kau” balas Adi. Wafiy terus menendang bola dengan sekuat hati ke arah gol.
“Alamak, lajunya! Tak sempak nak tangkap. Tanduk saja lah” Adi menanduk bola tersebut lalu terkena seorang lelaki bersama kawannya.
“Opocot, mak kau buah jambu jatuh!” lelaki tersebut melatah apabila terkena bola tersebut.
“Hei, budak! Siapa suruh main bola di koridor!” tengking lelaki tadi.
“Maaf, encik. Koridor, bukan korodor...” kata Adi bagi meredakan keadaan. Wafiy hanya membuat tidak tahu seperti dia tidak bermain.
“Anak-anak Suffian ni... selalu buat hal” lelaki itu merungut sekali lagi.
“Sudahlah, budak-budak memang macam tu” kata rakannya bagi meredakan lelaki tersebut. Mereka terus menuju ke arah lif.
“Hati-hati naik lif, ya” sekali lagi Adi cuba berbuat baik.
“Hahaha! Ada juga orang melatah sebut buah jambu” Wafiy terus berkata-kata selepas lelaki tersebut beredar.
“Kelakar betul! Hehehe!” Adi yang baru berumur empat tahun turut ketawa bersama abangnya.





















Bab 4 (Main lagi)
“Mari sambung main! Giliran aku!” kata Wafiy sambil memegang bola.
“Aikk? Giliran aku lah!” Adi cuba merampas bola dari abangnya.
“Dapatkan bola ni kalau boleh” kata Wafiy.
“Hoi, budak-budak!”
“Alamak!” Wafiy dan Adi terkejut apabila mendengar suara tersebut.
“Aku penat-penat bawa turun kuih, tepung, minyak dan macam-macam, kau berdua seronok main bola dekat sini, ya!” Fazli menengking adik-adiknya.
“Baik kau turun sekarang!” arah Fazli.
“Adi, lari cepat! Cik Li sudah naik angin!” Wafiy menarik baju Adi sambil berlari
“Hahaha! Lari, Wafiy! Nanti dia pukul. Lari...!” Adi berlari sambil ketawa.
“Nak lari, ya? Nasib baik aku penat. Kalau tak...”
“Wekkk! Tak dapat kejar!” Adi dan Wafiy menjelir kepada Fazli.
“Eh? Kau main-main dengan aku? Kau fikir aku penat, aku tak boleh kejar?” kata Fazli dengan marah.
“Eiii! Jaga kau! Aku dapat kau nanti, aku sekeh cukup-cukup!” jerit Fazli.
“Hoi, jangan lari!” Fazli terus mengejar.
“Jangan kejar! Hahaha!” kata Wafiy sambil melalui tangga ke arah Suffian.
“Yayy! Kita menang!” jerit Wafiy dan Adi.
“Hnssfff... hnssfff... kamu... siaplah... aku... hnnssfff... sekeh... hnssfff...” Fazli yang lelah mengejar adik-adiknya akhirnya berhenti juga.
“Apa hal budak-budak ni?” Suffian tertanya-tanya.
“Cik Li dah tua, berlari pun tak larat” kata Adi.
“Bukan tak larat, tapi tak ada tenaga sebab angkat kuih tadi. Hnnnsss... oksigen... oksigen... hnsss...” Cik Li seperti tidak bermaya kerana terlalu letih.
“Kenapa kecoh-kecoh ni?” tanya Suffian.
“Errr... Cik Li tu, abah. Dia kejar kami” kata Adi sambil menunding jari kepada Fazli.
“Hah?!” Fazli terkejut dan hanya mampu diam. Di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.
“Fazli! Abah suruh kamu panggil mereka, bukan main kejar-kejar dengan mereka” Suffian terus memarahi Fazli
“Bukan begitu, abah. Mereka main bola dekat lif, Cik Li marah mereka. Lepas tu..” Fazli berhenti apabila Wafiy dan Adi menunjukkan isyarat padan muka kepadanya.
“Ahhh, tengok tu, abah! Mereka tunjuk padan muka dekat Cik Li!” Fazli tidak tahan dengan perbuatan adik-adiknya itu.
“Mana? Tak ada pun?” Suffian melihat ke arah Wafiy dan Adi. Mereka berdua terus duduk diam seperti orang yang tidak bersalah.
“Eeee, budak-budak ni!” Fazli semakin geram.
“Dah! Pergi tolong ibu dan kakak-kakak kamu apa yang patut” Suffian menyuruh anak-anaknya untuk menolong.
“Baik, abah. Wafiy memang suka menolong” kata Wafiy tersenyum.
“Adi pun, abah! Hehehe!” Adi menyampuk. Fazli hanya menjeling ke arah kedua-dua adiknya.
Seperti setiap petang yang lain, gerai Suffian selalu disinggahi ramai pelanggan. “Singgahlah sekejap, Budin. Tak sudikah dengan sudip aku ni? Hahaha!” Suffian mempelawa kawannya untuk datang ke gerainya.
“Sudip nak buat apa? Kami nak pisang goreng” balas Budin dan rakan karibnya Adib.
“Aduh... bosannya” rungut Wafiy.
“Bosan? Kejap lagi ikutlah Cik Li main dengan kawan-kawan dia.
“Alaaa... bosan juga” kata Wafiy.
“Eh.. alamak! Itu Mak Cik Tun dengan anak dia, Afzal” Wafiy seperti ketakutan.
“Kenapa dengan mereka?” tanya Adi.
“Psstt! Hei, Cik Li! Jom, round! Jom!” bisik Afzal kepada Fazli.
“Round? Kejap! Kejap!” balas Fazli.
“Ibu, Li nak pergi main kejap, boleh? Tadi Li dah tolong...” Fazli meminta izin ibunya untuk pergi bermain bersama Afzal.
“Pergilah, bawa adik-adik kamu sekali. Jaga mereka baik-baik” pesan Basya kepada Fazli.
“Terima kasih, ibu. Li akan pastikan mereka bersama Li setiap masa. Li tak akan biarkan mereka... ...hilang!” Fazli terkejut apabila melihat kedua-dua adiknya telah hilang.
“Eh, mana budak-budak ni? Sekejap saja dah hilang” Fazli tertanya-tanya.
“Lari, Adi! Lari! Selamatkan diri!” jerit Wafiy sambil berlari.
“Okey! Okey! Tapi kenapa kita lari?” tanya Adi
“Nanti aku cerita! Sekarang, lari!” jawab Wafiy.
“Laaa... main lari lagi? Tak tahu penat ke budak-budak ni?” Fazli merungut.
“Tadi Li kata nak jaga adik-adik. Pergilah kejar, nanti mereka hilang, macam mana?” kata Basya kepada Fazli.
“Alaaa... penatlah Li macam ni. Makin kuruslah Li nanti, ibu.” Fazli merungut lalu mengejar adik-adiknya.

















Bab 5 (Hijrah)
“Kenapa kita lari tadi, Wafiy?” tanya Adi.
“Kalau Mak Cik Tun tangkap kita tadi, habislah kita. Mesti kena rotan dengan abah” jawab Wafiy.
“Aikk? Kenapa dia nak tangkap kita? Kenapa pula abah nak rotan kita? Adi tak fahamlah” tanya Adi lagi.
“Hish! Kau tak ingat, ya?” tanya Wafiy. Dia terus menendang bola ke arah Adi.
“Aduh! Kenapa kau rembat aku? Sakitlah!” jerit Adi.
“Budak manja! Kena bola sikit pun nak menangis” kata Wafiy.
“Huuu.. kau rembat kuat, sakit!” kata Adi sambil mengelap air mata.
“Aku rembat perlahan saja tadi, Kau tu manja sangat” kata Wafiy.
“Makanlah malam ni, abah belikan KFC untuk makan malam kita” kata Suffian.
“Wahh, bestnya, kalau setiap hari macam ni kan best” ujar Adi.
“Hmmm, tu cuma angan-angan saja” sampuk Wafiy.
“Abah ada perkara mahu bagitahu kamu semua, sebenarnya, abah kena pindah kerja di Tapah” kata Suffian.
“Apa?!” mereka sekeluarga terkejut.
“Jangan risau, abah naik pangkat” jawab Suffian tersenyum.
“Hmmm, Wafiy tak mahu pindah” kata Wafiy dengan sedih.
“Kenapa pula?” tanya Adi.
“Kalau kita pindah, Wafiy dah tak boleh main bola” sambungnya lagi.
“Jangan risau, Wafiy mesti lagi gembira berada di sana kerana sebab di sana kita akan duduk di taman perumahan. Wafiy akan dapat kawan-kawan baru. Di sana ada padang bola,  tak perlu lagi Wafiy bermain bola di koridor” kata Suffian.
“Betul ke?” Wafiy terus tersenyum.
“Itu pun nak menangis” ejek Fazli.
“Semua dah siap?” tanya Suffian.
“Dah, bang” jawab Basya.
“Selamat tinggal, Cheras. Selamat datang, Tapah” Wafiy mulakan hidup baru di Tapah.



























Jurnal BM (15/16 Mei 2014)

Assalamualaikum. :)

Pada 15 hari bulan Mei saya kena mengambil peperiksaan Sejarah dan Bahasa Melayu. Tapi, saya bangun lambat akibat bersembang dengan Zuhdi, Syed, Aqil dan Harith hingga lewat malam. Dan saya cuma ada masa 30 minit untuk ulangkaji Bahasa Melayu. Alhamdulillah, saya dapat menjawab dengan baik. Tetapi, saya tidak ulang kaji untuk Sejarah kerana tidak sempat. Perasaan saya takut kerana pada peperiksaan lepas, saya mendapat markah yang teruk, saya tidak mahu mengecewakan ibu dan bapa saya.

Pada 16 hari bulan Mei, saya mengambil peperiksaan Kimia dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kimia agak susah tapi Pendidikan Jasmani sangat senang. Pukul 9.00 malam saya perlu pergi ke Makmal Bahasa untuk mengetahui carrymark saya. Doakan saya berjaya. :)

Thursday, 15 May 2014

Jurnal BM (14 Mei 2014)

:: Assalamualaikum ::

Hari ni second day final exam. Saya bangun awal, pukul 5.50 dah bangun. Balik dari surau, tidur balik. Bangun-bangun dah pukul 7 pagi. Roomate pun dah siap-siap. Exam start pukul 9 pagi. Jadi ada lah masa untuk study kejap kat bilik.

Paper pagi tu ialah paper Biology. Risau gila kot masa tu. Biology ni lah salah satu paper paling susah nak score. Serius, susah betul paper Bio tadi. Mula-mula target nak dapat A, tapi lepas dah jawab, A- pun cukup lah.
         

Tengahari tu, mula-mula plan nak study je sepanjang waktu rehat tengahari tu. Tapi last-last, macam tak buat apa-apa pun.

Dah pukul 2.00 petang, saya pun pergi lah ke dewan peperiksaan. Susah! Ni first time kat PERMATApintar saya tak cukup masa nak jawab paper. Tawakal je lah apa pun yang akan berlaku.

Esok pulak exam Sejarah dan Bahasa Melayu. Malasnya nak study! Itu je kot jurnal untuk hari ni, 14 Mei. Terima kasih sebab baca. Selamat Malam!

Jurnal BM (13 Mei 2014)

Assalamualaikum~!! :3

Hari ni Selasa, tapi cuti! Walaupun cuti dalam minggu exam, tapi rasa macam relax je, tak tahu lah kenapa. Pagi ni saya bangun seperti biasa, Solat Subuh. Haaa ni ada teka teki, dalam banyak-banyak lubang, lubang apa paling nikmat? Teka teka.. Jawapannya, lu bangun tidur, tarik selimut tidur balik (maaf sebab hambar). Jadi alang-alang cuti, saya pun tidur balik.

Tengah syok-syok tidur, ada lah seseorang ni masuk dalam bilik saya dalam pukul 9 pagi, suruh saya bangun. Rupa-rupanya Hakim. Sambil tengah mamai tu saya tanya lah ada apa. Dia bagitahu saya Miss Su, cikgu Math saya, nak buat kelas tambahan kejap lagi. Mula-mula saya kata tanak pergi, tapi lepas saya teringat yang esok paper Math, saya pun tukar fikiran. Dah lah kat kelas saya tak faham apa-apa.

Kelas tambahan tu habis pukul 11.30 pagi. Saya pun baliklah ke bilik dan berehat. Lepas Solat Zohor, saya pergi ke Makmal Bahasa untuk menyiapkan assignments saya. Saya ada kat siru dari pukul 2 sampailah 4.30 petang. Petang tu pulak saya pergi main bola sepak di kawasan hadapan asrama. Bola tu pun bola budak Level 1 punya. Rasa macam kekok pulak main bola lepas dah lama tak main.

Malam tu, saya, Syed, Karamie dan Shamil duduk di bilik saya untuk study Biology. Biology ni adalah subjek yang memerlukan pelajar untuk membaca dan menghafal. Sampai pukul 12 tengah malam kami study. Harap-harap dapatlah jawab dengan baik esok.

Okay, sampai di sini sahaj buat kali ini. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan untuk menghadapi exam. Terima kasih sebab sudi baca jurnal saya!

Jurnal BM (12 Mei 2014)

Assalamualaikum  :D

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa kita. It's a new Monday! Dan yang penting, hari ni first day untuk final exam. Saya bangun agak lewat, mungkin sebab malam tadi tidur pukul 2 pagi study Fizik. Tak sangka cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru hari tu saya amik exam.

Sebelum start jawab paper Physics tu, saya ulangkaji dulu sekejap kat bilik saya dengan Syed. Dah nak pukul 9 pagi, saya pun pergi lah ke Bilik Seminar, tempat peperiksaan untuk pelajar Foundation 1. Sebelum start jawab tu, memang nervous gila. Saya dah tekad nak buat betul-betul supaya dapat kedudukan yang lebih baik daripada exam sebelum ni, dan nak dapatkan Aungerah Perngarah.

Alhamdulillah, saya dapat jawab paper dengan lancar. Tak ada lah susah sangat. Penat je semalaman hafal formula, last-last sikit je yang masuk. Dengan masa tinggal 30 minit, saya pun keluar dari dewan peperiksaan sebab dah siap. First paper dah habis. Lega!

Petang tu pulak ada paper English. Saya tak study apa-apa pun untuk paper tu. Bagi saya, paper English ni memang sepenuhnya menggunakan kemahiran Bahasa Inggeris kita, jadi tak study lah. Kalau nak study pun, baca kamus je lah.

Sebenarnya, susah jugak paper English tadi. Ada lah beberapa soalan yang mengelirukan. Apapun, saya dah buat yang terbaik. Harap-harap dapat keputusan yang ok.

Esok Hari Wesak. Cuti~! Hari Rabu baru start exam balik. Jadi tak ada lah stress sangat. Itu je kot yang saya nak share untuk hari ni. Selamat malam!

Jurnal BM (11 Mei 2014)

Assalamualaikum!

Pagi ni, Amer, Mursyid, Aizu, Aqil, Harith dan saya dikejutkan oleh Abang Abul. Mula-mula, lepas Abang Abul pergi, kami tidur balik sebab terlalu penat. Lepas tu, terdengar suara Abang Abul menghampiri bilik kami. Tiba-tiba semua terus bangun. Hahaha.

Lepas Solat Subuh di surau, kami pun tidur balik. Dalam pukul 9 pagi, baru lah kami bangun. Kami pun kemas-kemas lah bilik kepada keadaan asal. Selepas bersarapan, kami menunggu bas untuk menghantar kami pulang ke Permata.

Petang tu, saya sambung novel saya yang tak siap lagi. Alhamdulillah, siap pun akhirnya, walaupun tak bagus sangat. Lepas tu, saya, Aqil, Aizu dan Shamil memesan Domino's. Meatasaurus bersama Cheese Burst dan Classified Chicken, nothing can be better.

Malam tu saya pergi ke Makmal Bahasa untuk siapkan kerja Penididkan Jasmani. Ingatkan senang je nak buat, rupa-rupanya sampai 3 jam buat. Lepastu baru lah study untuk paper esok, Physics. Dah last minute baru nak study.

Apa-apa pun, selamat masih sempat nak ulangkaji. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya untuk menghadapi minggu peperiksaan ni. Terima kasih kerana sudi membaca! :D

Jurnal BM (10 Mei 2014)

Assalamualaikum :D

Malam tadi lepas tengok movie, saya tertidur di bilik Harith  (http://haritheidlan.blogspot.com/). Pagi ni, saya, Aqil, Aizu dan Harith dikejutkan oleh Abang Aru, Presiden Majlis Tertinggi Kolej. Abang Aru ada ingatkan yang pukul 10.30 pagi nanti berkumpul di Dewan Serbaguna untuk bertolak ke Za'ba.

Lepas mandi, saya cepat-cepatlah kemas semua barang. Dah pukul 10.30, saya pun pergi lah ke Dewan Serbaguna untuk menunggu bas. Ramai jugak yang tak balik. Berjam-jam tunggu bas, barulah bas tu sampai dan menghantar kami ke Kolej Za'ba.

Di sana, kami dibenarkan pilih roomate sendiri. Saya dengan Harith, Muryis dengan Aqil, Aizu dengan Amer. Tapi akhirnya, mereka semua ni tinggal di bilik saya. Amer dan Aizu bawak tilam mereka ke bilik saya. Bukan selalu kan?

Petang tu, selepas Solat Asar, saya dan 5 orang tadi pergi ke gelanggang futsal, tak jauh dari hostel. Tak beberapa lama kemudian, senior-senior pun datang membawa bola. Apalagi, sampai dha nak Maghrib lah kami main bola. Memang seronok lah kalau kat Permata ada court futsal. Boleh main bola tiap-tiap hari. Tak ada lah main ping-pong je.

Malam tu lepas Solat Isya', ingatkan nak siapkan novel. Tiba-tiba ada senior ajak main futsal lagi. Hancur lah impian kami nak siapkan assignment. Sampai pukul 12.00 malam kami main, best! Tapi esok dah balik Permata, tak dapatlah main futsal lagi.

Sampai bilik je dah pukul 12.15 malam, baru nak start buat novel. Saya, Aqil, Murysid, Hartih, Amer, Aizu, semua buat novel, tapi tak ada sorang pun yang siap. Last-last pukul 2 pagi, semua dah tertidur.

Sampai di sini sahaja ingin saya kongsikan mengenai pengelaman di Za'ba. Za'ba memang awesome!

Jurnal BM (9 Mei 2014)

Assalamualaikum! :3

Hari ni dah masuk hari Jumaat, last day before weekend. Kelas pertama pada pagi tu adalah kelas Falsafah. Masa kelas Falsafah je mesti dapat makanan. Sebab tu saya suka kelas Falsafah. Masa kelas Falsafah saya ada belajar mengenai deduksi. Contoh deduksi adalah seperti berikut;

i.   = Saya suka makanan.
ii.  = Kelas Falsafah dapat makanan.
iii. = Saya suka kelas Falsafah.

Hari tu, Dr. Sakinah bagi kami coklat Cadbury dan aiskrim Cornetto. Kami juga dikehendaki menghantar tugasan kami, refleksi dan isu semasa, yang mana saya dah kerja keras nak siapkan. Alhamdulillah, untuk Final Exam, subjek Falsafah saya dapat sekurang-kurangnya A, hasil daripada tugasan tadi. Cikgu kata mungkin cikgu akan naikkan markah.

Tengahari tu, lepas habis Solat Jumaat, saya hanya tidur di bilik. When you so many things to do, and you choose to take a nap instead.. Dah bangun, baru teringat Miss Ing nak jumpa semua pelajar pada pukul 4 petang untuk taklimat peperiksaan. Bak kata pepatah, "di mana ada Miss Ing, di situ ada exam".

Jumaat malam, seperti biasa adalah masa untuk enjoy! Malam tu saya tidur lambat sebab tengok movie.
Esok , patutnya semua pelajar balik sebab tak ada bekalan elektrik buat sementara kat hostel. Tapi,bagi pelajar yang tak balik akan ditempatkan di Kolej Za'ba buat sementara, dan saya adalah salah seorang daripada mereka.

Jurnal BM (8 Mei 2014)

|| Assalamualaikum ||

Hari ni hari Khamis! Dua hari je lagi nak cuti! Yeah~! Pagi ni saya bangun awal, Solat Subuh, mandi dan terus bersiap. Hari ni ada matapelajaran Pendidikan Jasmani, jadi saya pun pakailah pakaian sukan, tapi pakai seluar slack sebab ingatkan cikgu tak ada, jadi sukan pun tak ada lah.

Kelas yang mula-mula sekali ialah kelas Pendidikan Jasmani. Tiba-tiba cikgu kami, Cikgu Wan, datang. Selama aku pakai pakaian sukan yang sepatutnya selama ni, beliau tak pernah datang sebab banyak hal. Tapi, masa saya pakai seluarslack jugak lah Cikgu Wan ada. Cikgu suruh kami main bola beracun. Saya orang pertama keluar, bukan apa, sebab tak boleh lari.

Lepas kelas Pendidikan Jasmani pulak ada kelas English. Cikgu kami, Madam Diana, atau nama glamournya, Madam Dee, tak dapat hadir sebab beliau masih belum sembuh sepenuhnya selepas pembedahan minggu lepas. Jadi, kami hanya duduk di kelas tanpa berbuat apa-apa

 Tamatnya kelas Biology menandakan tamatnya kelas untuk belah pagi. Penat! Tengahari tu saya tidur je. Saya bangun kira-kira dalam pukul 2.15 petang. Saya check phone, semua tanya kelas French ada ke tak. CIkgu French saya tak ada beritahu saya apa-apa. Lepas dah sampai kelas di tingkat 3, baru lah cikgu call untuk bagitahu saya yang kelas dibatalkan.

Itu je kot yang saya nak kongsikan untuk hari ni. Minggu depan dah final exam, saya tak prepare apa-apa pun lagi. Haishh.. Hari ni hari jadi Amer. :*

Jurnal BM (7 Mei 2014)

Assalamualaikum~ :)

Hari ni dah masuk 7 Mei, hari Rabu. Selepas tamat perhimpunan harian, patutnya masa elektif, tapi Cikgu Zaza nak buat kelas sebab pukul 11 pagi nanti beliau tak ada. Jadi saya pun terus ke kelas Sejarah. Hari ni ada test Sejarah. Takde lah susah sangat.

Selepas minum pagi, ada kelas Muzik. Cikgu Muzik kami, Dr. Ridzwan, selalu datang lambat ke kelas. Jadi sementara cikgu tak sampai lagi, ini lah peluang untuk kami main semua alat muzik yang ada kat situ. Drum. trumpet, keyboard, semua saya main walaupun tak reti.Waktu rehat tengahari tu, saya tak tidur sebab petang tu ada kelas Biology dengan Cikgu Fairuz. Dah berapa kali dah saya masuk kelas Bio lambat. Tak berani saya nak tidur. Dah pukul 2.30 petang, saya pun pergi lah ke perpustakaan sebab kelas akan dijalankan di situ. Cikgu bagi kami assignment, kena buat peta minda berdasarkan tajuk "Movement of Substances Across the Plasma Membrane". Bertambahlah lagi kerja nak kena buat.

Malam tu, saya cuma habiskan masa untuk siapkan assignments je. Ingatkan minggu depannya Final Exam, kerja makin kurang, tapi makin banyak pulak. Alhamdulillah ada la jugak assignment yang dah siap.


*Muka lepas siap assignment*

Saya rasa sampai di sini sahaja jurnal saya untuk kali ini. Terima kasih sebab baca :)

Jurnal BM (6 Mei 2014)

Assalamualaikum semua! :D

Hari ni hari Selasa. Pagi ni saya bangun agak lambat (saya tahu korang tak kisah pun). Disebabkan lambat, saya tak sempat nak sarapan. Jadi saya pun terus pergi ke assembly.

Kelas yang mula-mula sekali ialah kelas Math. Bila sampai kelas je, semua orang cakap pasal test.

Boleh pulak saya lupa ada test. Selamat lah result tak teruk sangat.Lepas habis kelas Math, patutnya kami ada kelas Penididikan Islam. Tapi, Ustazah Syakinah amik cuti disebabkan beliau dah nak bersalin. Jadi, pelaajr lelaki kelas saya semua duduk di surau. Boleh baring-baring. Sambil tu, kami main truth or dare. Pukul 11.30 pulak ada kelas Kimia dengan Cikgu Mad Nor. Seronok belajar Kimia ni. Cara cikgu mengajar pun best.

Tengahari tu, saya rehat je kat bilik, makan Mee Sedap. Malas nak turun Dewan Makan. Petang tu pulak selepas habis kelas Fizik, saya pergi main ping-pong di Dewan Serbaguna.

Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Terima kasih sebab baca. And if you're having a bad day, just remember that God is watching you and will guide you through the rest of the way.

Jurnal BM (5 Mei 2014)

Assalamualaikum  :)'

Fisrt of all, saya nak minta maaf sebab dah lama tak update blog saya ni. Dah seminggu kot saya tak update. Bukan apa, buat masa sekarang, kat hostel tak dapatwifi. Tak tahu lah kenapa. Jadi harini (12/5), saya akan tulis jurnal untuk Isnin minggu lepas (pelik je?).

Macam biasa, hari Isnin, selepas perhimpunan rasmi, pelajar Foundation 1 akan terlibat dengan kelas Jati Diri (Self Development). Tetapi Dr. Rorlinda tidak berpeluang untuk hadir pada hari itu disebabkan beliau ada hal tertentu. Jadi, hanya En. Hakimi, Pn. Lin dan Pn. Ros yang mengajar. Hari itu kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami dibahagikan mengikut bangsa. Ada Melayu, Cina, Jawa, Banjar dan lain-lain. Saya termasuk dalam kumpulan Banjar. Tugasan kami pada hari itu ialah kami kena membentangkan adat-adat untuk bangsa masing-masing. Walaupun saya orang Banjar, tapi saya tak tahu apa-apa pun pasal Banjar. Jadi terpaksalah saya dan kumpulan saya mencari maklumat di Internet. Baru lah saya kenal bangsa saya sendiri. Only then, baru saya tahu makanan, pemakaian, perkahwinan orang berbangsa Banjar.

Lepas dah habis kelas sampai tengahari, saya hanya berehat di bilik. Petang tu ada kelas Fizik dan Kimia. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku minggu lepas, Jadi sampai sini saja kot jurnal 5 Mei saya. Terima kasih kerana setia bersama blog saya (krik krik) walaupun dah lama tak update  xD

Jurnal BM (4 Mei 2014)

--> Assalamualaikum <--

Hari ni mula-mula plan nak puasa. Tapi last-last bangun pagi dah nak dekat pukul 7 pagi, sahur pun tak sempat. Pagi tu pula lapar gila, terpaksa lah cancel. Hari ni dah hari Ahad. Haishh cepatnya cuti habis..





Walaupun hari ni cuti, tapi tak rasa macam cuti pun. Assignments banyak! Ada novel, analisis cerpen, refleksi falsafah, latihan sejarah, isu semasa. Fuh..




Sepanjang hari ni, saya buat assignments je. Alhamdulillah, ada juga sebahagian yang dah siap. Petang tu, untuk melepaskan segala tekanan, saya pun pergi lah main ping-pong. Bosan juga hari-hari main ping-pong. Bila lah stadium nak siap. Saya dah lama tak main bola. Hmmm.. Malam ni macam tak ada apa-apa sangat. Cuma ada prep je macam biasa.

Sampai di saja yang ingin saya kongsikan. I know my journal is getting boring. Saya cTerima kasih dan selamat malam  :*

Jurnal BM (3 Mei 2014)

Assalamualaikum  :D

Hari ni Sabtu! Sabtu bermakna cuti! Kokurikulum pun tak ada!

Malam sebelum tu, saya tengok movie ramai-ramai di bilik Aizu, Tidur pun dalam pukul 2 pagi. Mursyid dan Syed tidur kat bilik saya, lagipun roomate saya balik, disebabkan hal-hal tertentu. Pagi ni, saya bangun dalam pukul 6.50, Solat Subuh. Lepastu, saya tidur balik. Bila saya sedar je, tengok jam dah pukul 10.15. Bukan selalu tak ada koko ni. Manfaatkanlah sebaiknya. Saya abaikan assignments, saya terus pergi Dewan Serbaguna, main ping-pong. Assignments, letak tepi.

Petang tu pula, saya, Mursyid, Aqil, Izzudin, Kamal tengok movie di bilik saya. Kitorang tengok The Hangover and Hangover part II. Sumpah lawak. Hahaha.

Sebelum saya akhiri jurnal saya buat kali ni, saya nak kongsikan sebuah cerita (sebenarnya saya nak panjangkan jurnal saya je). moga bermanfaat.. Ada sebuah riwayat mengatakan ada seorang lelaki tua berjalan di tepi sungai, Tiba-tiba dia ternampak seorang anak kecil menangis sambil mengambil wudhu'. Dia bertanya "Mengapa kamu menangis?". Si anak kecil itu berkata, "Pak cik, saya ada terbaca sebuah ayat Al-Quran yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu'. Saya takut sekiranya saya akan dimasukkan ke dalam api neraka". Pak cik itu berkata, "Kamu jangan risau, kamu masih kecil dan masih terpelihara". Balas anak kecil itu, "Tidakkah pak cik lihat, kalau orang menyalakan api, mereka akan meletakkan ranting-ranting kecil terlebih dahulu sebelum meletakkan yang besar, dan tentulah yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum yang dewasa".  Sedangkan seorang anak kecil begitu takut dengan azab neraka, tetapi kita? Tepuk dada tanya diri. Hehe..

Itu sahaja untuk hari ini. Harap terhibur! Selamat Malam :)

Jurnal BM (2 Mei 2014)

|| Assalamualaikum ||

Macam mana cuti korang semalam? Mesti seronok kan?

Pagi ni, lepas perhimpunan, saya ada kelas Math. Buat masa sekarang, kitorang dah masuk tajuk Algebra. Siapa lah yang wujudkan huruf dalam matematik ni.. Lepastu, ada kelas Philosophy. Yang seronoknya kelas philosophy ni, setiap kali kelas je mesti cikgu kitorang, Dr. Sakinah, mesti bagi makanan. Untuk kelas kali ni, cikgu bagi kitorang Ais Krim Magnum. Tak cukup dengan tu, Ais Krim Cornetto pun kitorang dapat.

*Gambar sekadar hiasan*

Tengahari tu, lepas makan tengahari, kami, pelajar lelaki Quad P, seperti biasa akan menaiki bas untuk pergi ke Masjid UKM untuk Solat Jumaat. Entah macam mana, boleh pulak saya tertidur masa khutbah (Astaghfirullahalzim..). Oh ya, hari tu, Dato' Seri Najib telah melawat UKM atas sebab-sebab terentu, jadi beliau juga ada di Masjid UKM tengahari ni.

Lepas Solat Jumaat, free time! Tapi malangnya, Pukul 5 ada Program Rubbish-O, anjuran Exco Kebersihan MTK. (Eleh.. nama je lebih, sebarnya program gotong-royong je). Kelas saya 1K2, ditugaskan untuk bersihkan kawasan Makmal Fasa 1.

Tak ada apa-apa sangat yang berlaku hari ini. Selamat hari minggu! Enjoy you weekend!

Jurnal BM (1 Mei 2014)

:: Assalamualaikum ::

Hari ni dah masuk 1 Mei dan 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita InshaaAllah kita sempat menjalani bulan Ramadhan lagi sekali. Kerana apa? Cerita ni saya dengar dari senior saya. Ada seorang hamba Allah yang sangat alim dan seorang lagi, tetapi biasa-biasa je, tidaklah sealim yang lagi seorang. Kerana takdir Tuhan, si alim itu meninggal, tetapi yang seorang lagi masih hidup. Tetapi pada tahun hadapannya dia juga meninggal. Tapi Allah meletakkan dia lebih tinggi darjatnya daripada si alim tersebut. Sebab.. hamba Allah yang biasa-biasa ni sempat menjalani satu lagi bulan Ramadhan jika nak dibandingkan dengan si alim. Nampak tak betapa besarnya kebaikan bulan Ramadhan? Oleh itu, banyak-banyaklah kita berdoa ya.

Macam yang saya dah bagitau semalam, hari ni ada EXPLORACE!  Saya kumpulan sembilan. Kami dah rancang pada malam sebelumnya, yang kami akan pakai baju warna hijau. Demi menjaga tanggungjawab sebagai ahli kumpulan, saya tidur lambat disebabkan untuk cari baju warna hijau (abaikan). Di setiap checkpoint, banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Ada kena buat magic, makan telur tak masak, main Flappy Bird pun ada. Setelah setengah hari keletihan, kami, kumpulan 9, telah dinobatkan sebagai juara Explorace peringkat Permata Pintar 2014!

Petang tu, saya tertidur sampai jam 3 petang. Penat! Patutnya malam tu tak ada prep. Tapi tiba-tiba lepas solat Isya', Abang Abul (exco akademik) kata prep akan dijalankan.  :'(

                                           
                                           



Itu je untuk hari ini, terima kasih kerana sudi membaca jurnmal harian saya yang bosan ni, dan jangan lupa banyakkan amal ibadah sempena Bulan Rejab ni, Selamat Malam!

Jurnal BM (30 April 2014)

Assalamualaikum  :)

Sekarang saya tengah tak ada idea nak tulis apa.. *tengah fikir*

Pagi ni saya bangun agak lambat, Solat Subuh agak lambat, mandi agak lambat, bersiap agak lambat. Sekarang sila buang setiap perkataan 'agak'. Tapi entah macam mana, assembly saya berjaya datang awal.

Seperti hari-hari Rabu yang biasa, kelas akan dimulakan dengan waktu elektif. Yes! Ada masa untuk main. Main = buang masa. Jadi, ada masa untuk buang masa (krik krik..). Tapi.. Cikgu Zaza, cikgu sejarah saya, telah membuat kelas untuk menyelesaikan presentation kami yang dah tertangguh hampir 2 minggu. I'm not prepared at all! Serius, hancur presentation saya. Nasib baik group presentation. Dapat lah cover markah sikit-sikit. Kelas Muzik pula menyusul. Kelas Muzik ni dibimbing oleh Dr. Ridzwan. Seronok juga belajar Muzik ni. Lagipun, apa yang Dr. Ridzwan ajar, kalau kat luar, kena bayar RM120 sebulan. Kat sini pula free! Syukur Alhamdulillah! xD

Tengahari tu, mula-mula ingat tanak tidur. Tapi disebabkan terlalu penat, tertidur juga. Bangun-bangun je, dah pukul 2.30. Apalagi, cepat-cepat lah siap. Dah lah kelas Biologi. Habis markah untuk participation saya pun kena tolak. Kelas Seni Visual selepas itu pula dibatalkan. Woohoo!

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Esok 1 Mei, patutnya cuti peristiwa (Hari Buruh). Tapi sedihnya, esok ada explorace, diorganisasikan oleh MTK (Majlis Tertinggi Kolej). Cis.. Baru ingat nak tidur! -.-

Jurnal BM (29 April 2014)

Assalamualaikum~  :D

Alhamdulillah, Allah masih beri kita keizinan untuk terus hidup di atas muka bumi-Nya ini. Before I start sharing, mari kita ambil masa sekejap untuk berzikir kepada Allah, semoga hari kita akan bertambah baik. Jadi, seperti biasa, saya akan berkongsi kepada anda semua tentang segala apa yang berlaku pada hari ni.

Kelas pagi ini dimulakan dengan kelas Math. One word to describe the class, pening! Sememangnya belajar di Permata Pintar ni merupakan satu cabaran yang besar kepada diri saya sendiri, dan saya percaya yang lain pun begitu. Tapi, apapun, saya tetap tak akan mengalah! (krik krik..). Kelas seterusnya adalah kelas Pendidikan Islam. Ustazah kami, Puan Syakinah (nama glamour, Puan Syak), berkemungkinan besar akan bersalin pada minggu hadapan. Doakan dia ya! Cikgu Mad Noor juga telah kembali daripada cuti, di mana beliau mengambil cuti kerana baru sahaja kehilangan datuknya.

Tengahari tu, macam biasa, saya tidur! Tu je lah satu-satunya masa dapat rehatkan diri sepenuhnya. Siang ada kelas, malam buat assignments. Huh.. Petang tu pula ada kelas Fizik.

Lepas habis kelas, saya cuba menghilangkan stress dengan bermain ping-pong. Saya sebenarnya nak main bola sepak. Tapi yang sedihnya, bola tak ada, padang pun tak ada. Tapi alhamdulillah, stadium dah nak siap. Tak sabar woo! Malam tu pula, macam biasa, saya menghabiskan masa ketika waktu prep.

Itu je kot yang saya nak kongsikan. Saya tak rasa macam nak tulis panjang-panjang sangat. Selamat malam!
Terima kasih kerana sudi membaca!

Jurnal BM (28 April 2014)

Assalamualaikum w.b.t.

It's Monday, again.. Pagi yang indah ni dimulakan dengan perhimpunan rasmi. Perhimpunan kali ini agak panjang kerana banyak penyampaian medal dan reports untuk aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan minggu lepas. Ada yang dapat pingat sofbol, ada yang hoki, dan yang taekwondo pun ada. Ada juga pelajar yang terlibat dengan FLL, iaitu First Lego League Competition. Tapi, bukan sebagai contestant, tapi sebagai volunteers! Ternyata, budak 'gifted' bukan hanya cemerlang akademik, tapi juga boleh bergiat aktif dalam berbagai-bagai aktiviti. Quad P memang awesome!

Selepas perhimpunan, seperti Isnin-Isnin yang biasa, semua pelajar Foundation 1 akan telibat dengan kelas Self Development. FYI, kelas pembangunan jati diri ni adalah kelas yang dibimbing oleh Dr. Rorlinda, bersama beberapa orang isntruktor yang lain, untuk membangunkan diri pelajar dari semua aspek, terutamanya bagi melahirkan seorang pelajar yang holistik.

Saya pun tak tahu kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni, waktu tengahari je mesti saya rasa penat. Terasa macam nak tidur je. Masa awal-awal dulu, waktu rehat tengahari ni saya banyak guna untuk bermain-main dan sebagainya. Tapi, entahlah, sekarang waktu tengahari = waktu tidur.

Petang tu, kelas yang patut dijalankan adalah kelas Chemistry dan Physics (bajet omputeh sat). Tapi, Cikgu Mad Noor (panggilan), tak dapat mengajar kerana beliau baru sahaja kehilangan datuknya (Al-Fatihah..). Kelas Fizik pula, kami dah start belajar tentang Motions. Serius, saya tak faham apa-apa pun.

Itu je kot yang berlaku hari ini. Jadi, sampai di sini saja pengongsian saya buat kali ini. Semoga hari kalian akan lebih bermakna pada esok hari.. Selamat malam! :D

Jurnal BM (27 April 2014)

Assalamualaikum! How's your day so far?

Malam tadi, Mursyid, Aqil, Karamie, Kamal, Amer dan saya sendiri dah plan nak pergi outing hari ni. Di Quad P ni, kalau nak outing, ada dua pilihan, sama ada Mid Valley ataupun The Mines. Tapi kalau naik KTM nak pegi Mid Valley mahal sikit. Jadi kami pilih untuk outing di The Mines.

Pagi ni, lepas Solat Subuh pukul 6.30, saya tidur balik. Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba saya dikejutkan oleh seseorang. Disebabkan masih mamai, saya tak pasti tu siapa. Lepas tu, tengok jam, dah pukul 9 pagi.
Rupa-rupanya Amer yang kejut saya. Time baru bangun tu la saya baru teringat nak pergi outing.

Kami berenam duduk di Dewan Makan sambil menunggu teksi untuk hantar kami ke stesen KTM. Kira-kira dalam pukul 10 pagi baru naik kereta api. Sesak betul dalam tu, sarat dengan penumpang berbilang bangsa (krik krik). Dah lah perjalanan hampir setengah jam, terpaksalah saya berdiri je.

The Mines. Siapa yang tak tahu kan? Dah lah hari Ahad, memang ramai orang lah. Setibanya kami berenam di situ, Aqil mengajak kami bermain bowling. Sebenarnya, saya tak pernah main bowling sebelum ni (malunya). Tapi saya tak kisah sangat, sebab bukan saya seorang je yang tak pernah main bowling kat situ. Masa first time saya leretkan bola bowling tu, saya terasa lain. Seolah suatu kuasa yang tidak dikenali telah masuk ke dalam badan saya (saje lebih-lebih). Best jugak rasanya main bowling ni. Walaupun saya tak pernah main sebelum ni, tapi entah macam mana, saya berjaya mendapat kedudukan antara yang tertinggi (hidayah dari Allah).

Lepas Solat Zohor dan makan tengahari, kami pergi shopping! Tapi, yang paling penting, kami beli  Mee Sedap. Untuk seorang pelajar yang tinggal di asrama, maggi atau mee goreng adalah suatu benda wajib yag perlu ada pada setiap pelajar.

Kami pulang agak lambat pada petang itu. Assignments buat lagi. Duit pun banyak dihabiskan entah bagaimana. Ok, itu je yang ingin saya kongsikan. Terima kasih kerana membaca. Dan lagi satu, tolong promote blog ni kat orang lain ye.. xD

Jurnal BM (26 April 2014)

Assalamualaikum semua~!  :)

Segala puji kepada Allah, saya berpeluang untuk tidur bersama keluarga tercinta, di bawah bumbung yang sama. Pagi ni, saya dikejutkan oleh ibu saya untuk mendirikan Solat Subuh. Dah lama kot tak dikejutkan oleh ibu saya sendiri. Lepas Solat Subuh tu, saya tidur balik. Ngantuk betul masa tu. Dah ada peluang nak bangun lambat sikit, gunakanlah sebaiknya. Kalau kat Permata Pintar, memang tak ada lah nak bangun lambat. Tak cukup tidur ada lah.

Lepas bangun, saya mandi dan bersarapan bersama-sama keluarga saya, termasuk mak long dan kedua-dua nenek dan datuk saya yang turut datang melawat saya.Apa yang sedihnya, disebabkan ibu dan ayah saya orang Johor, mereka terpaksa bekerja pada hari Ahad. Oleh itu, saya terpaksa pulang pada hari Sabtu. Dan,untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan trafik, ayah saya terpaksa menghantar saya pulang awal ke asrama. Dengan rasa berat hati, saya terpaksa meninggalkan mereka lagi sekali. Apapun, kami berkesempatan untuk makan tengahari bersama-sama. Apa yang kami makan? Domino's Pizza! Buat nenek dan datuk saya, ini kali pertama mereka makan Domino's.

Petang tu, saya banyak menghabiskan masa dengan bermain ping pong bersama Mursyid, Aqil dan Muaz. Masa tu Permata Pintar ni macam tak ada orang je. Ramai yang balik, ada yang terlibat dengan FLL (First Lego League) dan sebagainya. Kami turut merancang untuk pergi outing pada keesokan harinya.

Tak banyak yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. I'm gonna miss my family! Selamat Malam!

Jurnal BM (25 April 2014)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Disebabkan malam tadi tidur lambat, terpaksa siapkan lab reports Biologi dan Kimia, dalam pukul 2 baru tidur. Jadi, bangun pun lambat. Dah lah hari ini ada merentas desa. Nak bangun daripada katil pagi-pagi pun susah. Semalamnya plan nak joging pagi-pagi lepas solat subuh kat surau, tapi ni solat jemaah kat surau pun terlepas. Ish ish ish..

Pukul 7.45 pagi saya dah ada kat Dewan Makan. Saya hanya makan sedikit sahaja, takut-takut  nanti semput masa lari. Sesudah makan, saya terus ke kawasan hadapan Dewan Serbaguna, iaitu di mana larian merentas desa akan bermula. Lama kot tunggu, kira-kira dalam pukul 9 pagi baru start. Saya tak ada expect pun nak menang, mungkin sebab saya tak buat apa-apa persediaan.

Larian dimulakan dari kampus kami ke Rumah Haiwan, seterusnya ke Bukit Puteri dan kembali semula ke kampus. Dengar je memang nampak dekat, padahal 4 kilometer! Masa mula-mula tu, memang la lari rasa tak penat. Sampai setengah jalan, dah tak larat dah nak joging. jadi saya pun jalan macam biasa je lah. Akhirnya saya sampai juga ke destinasi. Entah macam mana, saya boleh dapat tempat ke-10. And I was like "Hah? Aku nombor 10? Apa aku dah buat?".

Petang tu selepas selesai Solat Jumaat di Masjid UKM, parents saya datang untuk bawa saya pulang ke rumah maklong. Rumah Maklong saya terletak kat Shah Alam je. Dapat juga saya menatap wajah-wajah kesayangan. Malam tu saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Ye la kan, bukan selalu.

Sampai di sini sahaja penulisan saya buat kali ini. Manfaatkan hujung minggu anda. Sekian, terima kasih.

Jurnal BM (24 April 2014)

Assalamualaikum  :D

Hari ni saya agak bangun lambat (seperti biasa). Kebelakangan ni rasa macam tak cukup tidur je. Nak tidur awal, tapi banyak kerja nak kena buat. Hmmm.. *mengelamun sekejap*..  Abaikan je semua tu, berbalik pada jurnal untuk hari, kelas hari ini dimulakan dengan kelas Pendidikan Jasmani. Tapi disebabkan hal-hal terentu, cikgu tak dapat hadir untuk mengajar kami. Jadi memandangkan esokmya akan berlangsungnya acara merentas desa peringkat Pusat PERMATApintar Negara 2014, kami pun manfaatkan masa yang ada dengan berjoging beberapa pusingan mengelilingi kampus. Kebanyakan cikgu yang lain juga tak ada kerana ada sesetengah yang terlibat dengan lawatan dan sebagainya.

Tengahari tu, saya terima mesej daripada Madam Nadia, cikgu french saya. Dia memaklumkan pada saya yang kelas french pada hari ini akan bermula awal, iaitu pada pukul 1.30 petang. 

Tidak! tak sempatlah nak tidur. Tapi kalau lihat dari sudut positif, kelas mula awal, habis pun awal. Hmm..
Petang tu saya kena present story-telling untuk English. Serius, teruk betul presentation saya,

Itu sahaja yang ingin saya kongsikan bersama anda. Assignments banyak lagi. Huhh.. Apapun, Have a nice day!

Jurnal BM (23 April 2014)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :D

Kelas pagi ni bermula dengan waktu elektif. Waktu elektif ini lah waktu paling bosan bagi kami, pelajar Foundation 1. Sebab, kami bukannya ambil subjek eletif pun. 2 jam pulak tu. Memang waktu paling sesuai untuk tidur. Selepas itu, pelajar 1K2, termasuk saya, sepatutnya kena present hasil kerja kami tentang Tamadun Perkembangan Islam, tapi Cikgu Zaza pula terlibat dengan meeting.
Jadi, 1 jam lagi terbuang.

Waktu rehat tengahari saya manfaatkan sebaik mungkin, iaitu dengan tidur. Letih.. Sejak akhir-akhir ni asyik kurang tidur, assignments banyak. Bangun-bangun je tengok jam dah pukul 2.20 petang. Cepat-cepatlah saya bersiap dan terus ke kelas.

Waktu prep malam tu, saya dah berazam untuk siapkan assignments. Tapi, entah kenapa, nak buat kerja waktu prep seakan-akan mustahil. Terlalu banyak gangguan. Terpaksalah tidur lambat lagi untuk siapkan assignments. Walaubagaimanapun,
saya percaya, kerja-kerja yang telah diamanahkan inilah yang akan banyak membantu saya.

Jurnal BM (22 April 2014)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih berpeluang lagi untuk meneruskan amanah daripada Tuhan. Sebenarnya, hari ni dah 25 haribulan. Tetapi saya sepatutnya menulis jurnal setiap hari (tugasan Bahasa Melayu). Dah 4 hari tinggal blog ni. Jadi sekarang terpaksalah saya recall balik apa yang terjadi sejak 4 hari lepas.

Hari Selasa, seperti biasa, kelas dijalankan dari pagi hinggalah tengahari, sesetengah cikgu tak dapat mengajar kerana mungkin ada hal tersendiri. Waktu makan tengahari di Dewan Makan, hampir semua pelajar lelaki Foundation 1 makan di meja yang sama, sambil berbual-bual tentang suatu kejadian yang sering diperkatakan tika itu. Ceritanya begini, Ahad sebelum itu, Entrepreneurship Day telah berlangsung dengan janyanya. Antara satu tarikan yang menarik sewaktu itu adalah Rumah Hantu. Ramai yang telah masuk ke dalam itu. Tapi malangnya, saya tak berpeluang. Mengikut penceritaan pihak lain, di dalam Rumah Hantu itu, mereka ada terlihat seakan-akan seorang budak lelaki kecil yang hanya berdiri di hadapan almari. Mereka menganggap itu mungkin hanyalah satu penyamaran. Namun, selepas berakhirnya hari itu, ada beberapa pelajar berbual-bual dengan pihak yang menguruskan Rumah Hantu itu. Tapi, apa yang mengejutkan, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Rumah Hantu itu telah menafikan yang mereka ada rancang untuk menyamar ataupun meletakkan sebuah patung berupa seorang budak lelaki. Haaa seram tak?

Selain daripada tu, saya rasa macam tak ada apa-apa sangat yang berlaku. Jadi, sampai sini sahajalah jurnal saya untuk kali ini.

Jurnal BM (21 April 2014)

Assalamualaikum~!  :/

Pagi ni, saya bangun agak lambat, dalam pukul 7.00 - 7.10 pagi. Selamat sempat solat subuh, walaupun hanya di dalam bilik. Hari ni hari Isnin, ada perhimpunan rasmi. Dr. Arif turut memberi ucapan. Selepas itu saya menghadiri kelas Self Development, yang dipimpin oleh Dr. Rorlinda. Saya banyak belajar tentang EQ (emotional intelligence).

Tengahari, saya hanya tidur di bilik kerana terasa letih, entah kenapa. Sedar-sedar dah pukul 2.25. Cepat-cepat siap terus pegi ke kelas. Petang tu, saya pergi ke Dewan Serbaguna untuk bermain ping pong bersama beberapa orang rakan.

Seperti malam-malam yang biasa, saya akan pergi prep. Bagi saya, mustahil untuk buat assignments waktu prep. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana terlalu banyak gangguan.

Itu sahaja yang hendak saya kongsikan malam ini, Maaf kerana jurnal kali ini amat membosankan. I don't really have the mood today.  Selamat malam :)

Jurnal BM (20 April 2014)

Assalamualaikum~ :)

First of all, saya nak minta maaf sebab tak post apa-apa semalam, terlupa (sebenarnya malas). Hari ni Hari Keusahawanan (Entrepreneurship Day) QuadP. Malam sebelum itu, saya tidur lewat kerana banyak membantu menyediakan persiapan untuk hari itu. Sambil-sambil tu sempat juga main baling selipar, pepsi cola, chicken fight kat Dewan Serbaguna. Haishh.. macam-macam..

Pagi ni mula-mula dah bangun dah pukul 7, solat subuh, lepastu tidur balik. Bangun-bangun tengok jam dah pukul 9, jadi saya pun cepat-cepat lah mandi, siap-siap, terus pergi dewan serbaguna. Excited kot first time 'sambut' Hari Keusahawanan kat Quad P. Sampai-sampai, orang tak ramia sangat, mungkin sebab baru start. Saya pun survey lah semua booth yang ada, and I was like

Macam-macam ada. Budak Quad P memang awesome! Dah penat menghabiskan masa dan juga duit, saya pun balik. Masa tu lah teringat yang saya ada banyak assignments! Tapi apapun, saya kira berbaloi lah setengah hari menghabiskan masa.. Saya tanak tulis panjang-panjang (sorry), assignments banyak lagi! Selamat malam! :D
Sinopsis: 

Cerpen ‘Kucing Berduri Kota & 8 1 0 0’ ini mengisahkan tentang Zic 9295, seorang pemerintah Israel yang zalim, syaitan bertopengkan manusia, yang diibaratkan sebagai yang kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa. Anak-anak ayam desa merujuk kepada etnik 8100, sebuah golongan yang tidak berdosa, ditindas oleh Zic 9295 tanpa belas kasihan.

Zic 9295 sedar akan kesalahannya, tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan itulah tindakan yang sewajarnya. Serigala gearbok menyokong segala perbuatannya. Mereka suka melihat etnik 8100 musnah. Zic 9295 tidak mahu melihat 8100 merdeka. Dia takut akan etnik 8100 yang sedang berlumba maju dalam bidang pendidikan.

Zic 9295 takut sekiranya dia gagal membela diri di muka pengadilan. Namun, dia berkebolehan memutarbelitkan fakta. Dia cuba menangkis segala tuduhan terhdapanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja, asalkan etnik 8100 lenyap dari dunia ini.

Akhirnya, kebenaran telah terbukti. Kucing berduri kota telah dihukum atas perbuatan kejamnya. Keadilan telah ditegakkan.


TEMA: 

Keadilan mesti ditegakkan sele[as segala kekejaman yang dilakukan Zic 9295 ke atas etnik 8100.


PERSOALAN:  

1. Persoalan ketaatan pada agama.

Contoh:
Etnik 8100 beragama Islam. Mereka mengagungkan kebaikan dan melarang permusuhan. Mereka bersolat berzakat. Mereka percaya Nabi Muhammad saw itu Rasul utusan Allah.
2. Persoalan hasad dengki yang telah menguasai diri.

Contoh:
“8100 tak perlu merdeka. Kami perlu perkosa merdeka mereka.” Alasan Zic 9295 yang mahu merosakkan roh pegangan etnik 8100.
3. Persoalan takut akan pembalasan di atas perbuatannya.

Contoh:

”Dalam bayangan dirinya, roh 8100 datang menikam tubuhnya”.

WATAK & PERWATAKAN: 


Zic 9295: 

Seorang pemerintah yang kejam, kucing berduri kota, membunuh tanpa sebab.

Etnik 8100:

Golongan yang ditindas, mengharapkan kemerdekaan, cekal menghadapi dugaan. 


PLOT: 


Permulaan:

Zic 9295 bermonolog bersendirian. Macam-macam kemungkinan yang mengganggu gelodak jiwanya. Kebimbangan mula muncul di dalam dirinya. Dia risau sekiranya dia akan tertangkap disebabkan tindakan kejamnya ke atas etnik 8100.

Perkembangan:

Ada kalanya dia sedar akan kesalahannya menindas etnik 8100 yang sangat dibencinya, namun dia cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia bersedia dengan perlbagai kenyataan palsu yang akan membantunya menangkis segala tuduhan yang bakal dilontarkan kepadanya bila-bila sahaja.

Klimaks:

Dia tekad untuk meneruskan kekejamannya terhadap etnik 8100. Di dalam banyangannya, Zic 9295 berlawan hujah dengan hakim. Dia mampu memutarbelitkan segala fakta yang menunjukkan kezalimannya terhadap etnik 8100. Dia bijak menyelamatkan diri.

Peleraian:

Polis antarabangsa datang menangkapnya. Zic 9295 dhadapkan ke muka pengadilan. Dia dihukum untuk setiap tindakan kejamnya ke atas etnik 8100. Ini tentunya menjadi pengajaran kepada pemimpin dunia lain.


TEKNIK PLOT: 


Imbas kembali:
“Terlepaskah aku atau tertangkapkah aku? Aku adalah kucing berduri kota yang membunuh anak-anak ayam desa.” Cik-cok gelodak jiwanya.
Kejutan:
Ketika itulah datang polis antarabangsa menangkapnya. Dia perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Dia perlu ke mahkamah Jenayah Antarabangsa.

LATAR:


Latar tempat: “Zic 9295 dalam rumah di ruang tamu.”

Latar Masa: “Malam makin menggigit. Tengah malam sudah berlalu
            hampir dua jam”

SUDUT PANDANGAN: 
 

Sudut pandangan orang ketiga terbatas

NILAI: 


- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian

PENGAJARAN: 


Jadilah seorang pemimpin yang bersifat rakyat, yang berupaya mengekalkan kebebasan. 

Sunday, 4 May 2014

Konsep dan Istilah Komponen Sastera



KOMPONEN SASTERA (RUJUK BLOG BM :http://bmpmrspm.blogspot.com )


A. Konsep penting yang perlu diketahui dalam komponen sastera:


1. Personafikasi:Personafikasi bermaksud “member unsur manusia atau benda hidup kepada bukan benda hidup”.

Contoh:
i. Angin sepoi bahasa di pinggiran pantai itu menampar pipiku. (menampar ialah perbuatan manusia)
ii. Dedaun kelapa di pantai melambaiku riang. (melambai/ riang ialah perbuatan/sifat manusia)
iii. Dingin malam menggigit tulangku. (menggigit ialah perbuatan manusia)

2. Metafora:Metafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contoh:
i. Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik sekali.
ii. Suaranya lantang guruh sambut menyambut.
iii. Merah darah mengalir di tubuhku.

3. Simile:
Simile bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata bandingan iaitu seperti, umpama, bak, bagai, se dan sebagainya”.

Contoh:
i. Hatinya hampa bagai kaca jatuh ke batu.
ii. Suaranya merdu seperti buluh perindu.
iii. Dia diam bak tahu apa yang tersirat di fikiranku.
iv. Wajahnya sehebat peribadinya.

4. inversi:Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contoh:
i. Semalam petang dia datang menjengukku. (sepatutnya “petang semalam”)
ii. Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya. (sepatutnya “cuaca panas”)
iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas. (sepatutnya “secawan kopi”)

5. Singkop:Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:
i. “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff perlahan.
ii. “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan Kamariah.
iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri ringkas.

6. hybrid:
Hibrid bermaksud “penggabungan beberapa perkataan menjadi satu perkataan sahaja”.

Contoh:
i. Hatinya bisupilu mendengar penjelasan itu.
ii. Dia tidak akan ikut rentaktari pengikutnya yang marah itu.
iii. Begitulah adattari kehidupan sebagai seorang nelayan.

7. Anafora:
Anafora bermaksud “pengulangan perkataan pada awal baris atau ayat”.

Contoh:
i. Dia masih berdiri di situ. Dia mengingati saat manisnya di kota Paris.
ii. Masihkah lagi kau mengingatiku. Masihkah lagi detik itu kau ingati.
iii. Belum tiba masanya dia bersuara. Belum tiba masanya dia mengakui hakikat itu.

8. Epifora:Epifora bermaksud “pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contoh:
i. Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih terpilu oleh luka lama.
ii. Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga akan menangis.
iii. Abang membesar dengan lampu minyak tanah. Aku Berjaya jugadengan lampu minyak tanah.

9. Diksi:
Diksi bermaksud “pemilihan perkataan yang sesuai dengan sesuatu cerita yang ditulis”.

i. Contoh: (Katakan cerita tentang perjuangan seorang tentera)
Dia menggalas rifel dan melakukan serangan hendap di garisan hadapanplatun itu.

ii. Contoh: (Katakan cerita tentang keagamaan)
Malam itu dia mendengar usrah daripada ustazah. Bibit-bibit nur menjelma di jiwanya.

iii. Contoh: (Katakan cerita tentang cinta/ kasih sayang)
Hatinya terlalu rinduBelaian kemesraan itu sering kudambakan.

10. Asonansi:Asonansi selalunya digunakan bagi mengulas sesuatu hasil puisi (sajak/ pantun/syair dan sebagainya). Asonansi bermaksud “pengulangan vokaldalam sesuatu baris ayat”.

Contoh:
i. Adakah ayah amat marah akan kakak lagi.
Pengulangan vokal ‘a” sebanyak 13 kali.

ii. Di sini kita masih tercari-cari erti harga diri sendiri.
Pengulangan vokal “i” sebanyak 12 kali.

iii. Untung juga usahaku rupanya.
Pengulangan vokal “u” sebanyak 6 kali.
11. Aliterasi:
Aliterasi bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".
Contoh:
i. Gadis gigih itu menggigil gementar.
Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.
ii. kakak masih kaku ketika kita kembali.
Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali
12. Bombastik/ hiperbola:
Bombastik atau hiperbola ialah "perbandingan atau pemilihan kata yang berlebih-lebihan"
Contoh:
i. Suaranya bom atom meledak bumi.
ii. Badannya ringan seringan atom yang beterbangan di udara.
13. Alusi:
Alusi bermaksud "penggunaan watak atau watak sejarah dalam puisi".
Contoh: (sajak)
Pemudaku hari ini
gigihlah berjuang demi tanah air
bawalah pesan Hang Tuah Melayu tak kan hilang di dunia
sambutlah hasrat sang Maharajalela

14. Rima akhir:Rima akhir bermaksud “bunyi perkataan yang ditandakan dengan ‘huruf akhir’ pada sesuatu ayat”. Hanya digunakan untuk mengulas bahan puisi sahaja seperti sajak/ pantun/ syair dan sebagainya.

i. Contoh: (pantun)

Dua tiga kucing berlari. (ditandai dengan “a”)
Manakan sama si kucing belang.(ditandai dengan huruf “b”)
Dua tiga boleh kucari.(ditandai dengan “a” kerana huruf akhir sama dengan baris 1)
Manakan sama ibu seorang. (ditandai dengan “b” kerana huruf akhir sama dengan baris 2)
Oleh itu, rima akhir pantun di atas ialah “abab”.

ii. Contoh: (sajak)

Matanya pejam bisu (a)
hati membarah sudah (b)
tetkala pekat malam menjelma (c)
dia hanya mampu (a)
menggalas suka duka kehidupan (d)
ranjau tajam di rantauan (d)
Oleh itu, rima akhir sajak di atas ialah “abcadd”.

12. Perlambangan/ imejan:Imejan bermaksud “penggunaan perkataan lain yang mempunyai maksud berlainan”.

Contoh:
i. Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang penjajah. (muda)
ii. Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)
iii. Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

13. Watak dan perwatakan:Watak ialah “pelaku dalam sesebuah cerita dan berfungsi untuk menyampaikan idea penulis”.

i. Watak utama : watak penting yang menghidupkan sesuatu cerita. ( watak penting 1 sahaja)
ii. Watak sampingan : watak pembantu kepada watak utama. (banyak watak sampingan)
iii. Watak bulat/ bundar : Watak yang dinamis dan boleh berubah sifat/ sikapnya.
iv. Watak pipih : watak yang statik dan tidak berlaku perubahan. Contoh: Jika jahat terus jahat hingga akhir)
v. Watak antagonis : watak penyambut yang biasanya negatif. (Datin Salmah dalam Konserto Terakhir)
vi. Watak protagonis : watak pemula yang biasanya bersifat positif. (Hilmi dalam Konserto Terakhir)
vii. Watak kodi : watak nenek kebayan (Contoh: cerpen Peminangan Puteri Gunung Ledang)

14. Plot:
Plot ialah “jalinan peristiwa atau rentetan cerita yang berasaskan sebab dan akibat”.

Terbahagi dua:

i. Perkembangan plot (terbahagi 5)
Perkembangan cerita bermaksud “jalinan/ jalan cerita dari awal hingga akhir”.
a. Pengenalan
b. Perkembangan
c. Pertentangan / konflik
d. Puncak cerita / klimaks
e. Peleraian

ii. Teknik plot (terbahagi 6)
Teknik plot bermaksud “cara sesuatu cerita / teknik sesuatu cerita itu disampaikan”.

i. Pemerian/ penceritaan : biasanya pengarang bertindak sebagai pencerita.
Contoh:
Hilmi datang dari kampung di Kedah. Dia hanya lulus darjah empat sekolah. Dia ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan……..

ii. Dialog : Penceritaan melalui perbualan 2 orang watak atau lebih dengan secara jelas.
Contoh:
“Bila kau datang, Hilmi?” Datuk Johari bertanya. “Petang tadi. Ibu kirim salam”, balas Hilmi.

iii. Monolog : penceritaan melalui kaedah watak bercakap seorang diri.
Contoh:
“Oh, aku harap kau akan subur terus, cantik dan wangi!”, kata Hilmi pada bunga di hadapannya.

iv. Monolog dalaman : Watak berkata di dalam hati atau dalam fikirannya serta tidak terkeluar kata-kata.
Contoh:
“Cis, sial sungguh budak Hilmi ini!” getus hati Datin Salmah.

v. Imbas kembali/ flashback: Pengulangan semula cerita lama.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang mengingati kisah lama. (Saban hari menorah getah. Hasil getah dijualnya kepada Taukeh Lim. Duit itulah digunakan menyara ibunya yang sudah tua. Ibunya sakit tenat………)

vi. Imbas muka : Menceritakan peristiwa yang belum berlaku.
Contoh:
Hilmi tersandar di kerusi di rumah Datuk Johari. Fikirannya melayang memikirkan nasib dirinya. Alangkah baiknya jika dia juga anak orang kaya. (Setiap hari dia akan berkereta mewah. Memandu laju sambil di kelilingi gadis kota. Setiap malam dia akan mengunjungi nite club. Kalau tidak di Kuala Lumpur pasti dia akan ke …….)

15. latar:Latar terbahagi kepada 3:

i. Latar tempatLatar tempat bermaksud “tempat sesuatu cerita itu berlaku”. Contohnya, di Kuala Lumpur, di sekolah Henry Gurney, di rumah pak Mat, di kebun sayur Ah Ming dan sebagainya.

ii. Latar masaLatar masa bermaksud “waktu atau masa sesuatu peristiwa itu berlaku”. Contohnya pada zaman dahulu, pada tahun 2003, pada minggu lepas, pada bulan Januari, pada waktu malam, pada siang hari, pada pukul 4.00 petang dan sebagainya.

iii. Latar budaya/ masyarakatLatar budaya atau masyarakat bermaksud “keadaan masyarakat atau budaya di mana peristiwa itu berlaku”. Contohnya, masyarakat Malaysia, masyarakat moden, masyarakat petani, masyarakat seniman, masyarakat Cina, masyarakat yang suka membantu, masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan tahyul, masyarakat pelajar dan sebagainya.