Sunday, 27 April 2014

Kekejaman Zionis

Mengapa? Ya Allah!
Mengapa kejamnya Zionis?
Menyeksa saudara Islamku.
Ya Allah, semoga Engkau memberi balasan yang setimpal kepada Zionis Laknatullah!
Yang kejam lagi tidak berhati perut.
Sudahlah Zionis!
Hentikan penindasan terhadap insan tak berdosa!
Atau neraka tempatmu.
Bangkitlah umat Islam!
Bangkitlah untuk saudara kita yang ditindas!
Bergabung kita, jatuhlah Zionis
Sedarlah kita, Islam di dunia semakin berkurang.
Ayuh Islam! Jatuhkan Zionis!
Kita Islam, tetap bersatu!



                                                                                                                                                                                                                                                       

Jurnal BM (19 April 2014)

Aku bangun awal kerana hari itu ialah hari Kokurikulum. Aku ada latihan silat. Aku memilih silat kerana aku ingin mempelajari seni pertahankan diri dan silat ialah yang paling sesuai dengan aku. Kami berlatih silat selama 3 jam tetapi ada rehat selama 5 minit setiap latihan. Aku letih tetapi letih itu berbaloi kerana aku mendapat ilmu baru.

Jurnal BM (21 April 2014)

Aku bangun awal. Aku pergi ke kelas seperti biasa. Aku belajar subjek 'Self Development'. Aku dan semua pelajar asas 1 diajar mengenai emosi. Semasa belajar subjek Bahasa Inggeris pula, kami diajar tentang cara membuat karangan ringkas.

Jurnal BM (22 April 2014)

Aku bangun lewat. Mungkin kerana cuaca yang sejuk. Aku rasa teruja kerana sepatutnya kami ada subjek pendidikan jasmani pada hari ini. Tetapi cikgu kami tidak ada kerana pergi ke perlawanan ‘Softball’ bersama pasukan 'softball' sekolah kami. Jadi saya menggunakan masa itu dengan membuat kerja sekolah saya.
Kami juga belajar subjek Matematik. Kami dilepaskan awal kerana masih ada budak yang belum menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada minggu lepas.
Itu saja dari aku pada hari ini.

Jurnal BM (23 April 2014)

Pada hari ini saya belajar subjek 'Self Development'. Aku gembira kerana di dalam kelas itu aku rasa semua orang ceria dan gembira. Selepas minum pagi, Kami belajar subjek kimia dan muzik.
Selepas makan tengahari dan menunaikan solat zohor, kami belajar subjek fizik dan balik kerana kelas seni persembahan dibatalkan.

Jurnal BM (24 April 2014)

Hari pembelajaran yang biasa saja, tiada apa-apa yang istimewa berlaku kepada aku. Semasa kelas Bahasa Melayu, aku disuruh untuk menyiapkan beberapa 'Jurnal' BM yang aku tertinggal untuk mendapatkan markah.

Kelas bahasa antarabangsa pula dibatalkan kerana Ustaz ada urusan yang dia perlu uruskan. Aku tidur pada petang tersebut kerana terlalu letih.

Jurnal BM (25 April 2014)

Hari yang amat mengecewakan aku. Ketika larian merentas desa diadakan semua murid bersemangat termasuk aku. Larian dimulakan, aku rumah 'Sapphire' memulakan larian dengan baik dengan mendahului larian tersebut. Meninggalkan sekelompok pelajar lelaki Asas 1 yang lain. Aku berasa lega kerana meninggalkan mereka dengan begitu jauh. Namun, kesilapan besar yang telah aku lakukan mengubah segalanya. Ketika 'Checkpoint' 1 cikgu-cikgu baru hendak membuka plastik getah untuk dibagi kepada kami. Aku menunggu cikgu membuka getah dan pelajar-pelajar lain semakin menghampiri aku. Aku berasa panik kerana Kamal dari rumah 'Topaz' berada di sebelah aku. Lalu, aku pecut ketika manaiki bukit. Di situ kesilapan aku. Tiba-tiba perut aku berasa senak yang teramat. Kamal memotong aku, dan aku beransur perlahan. Aku cuba memberitahu Kamal supaya tunggu aku, tetapi tidak berjaya. Syed yang juga berumah 'Sapphire' memotong aku, aku memberitahu dia supaya terus mengejar Kamal. Aku berasa amat sakit. Aku pun berjalan. Semasa membahagi hadiah, aku tidak hadir kerana terlalu kecewa. Aku ialah budak sukan namun, Ong Jing Kai yang suka belajar itu pun dapat memotong aku. Rumah yang mendapat mata tertinggi ialah rumah 'Topaz' diikuti rumah 'Sapphire', 'Emerald' dan 'Ruby'. Tahun depan, aku akan buat yang terbaik. :)

Jurnal BM (26 April 2014)

Rakan-rakan aku seperti Zuhdi, Aqil dan Syed balik ke rumah dan hanya tinggal aku, Mursyid, Kamal, Muaz dan beberapa lagi orang lain. Seperti hari balik bermalam yang sebelum ini, Pusat Permatapintar Negara amat sunyi. Aku habiskan masa aku dengan bermain internet sahaja. Tiada apa yang menarik berlaku. Kebosanan melanda.

Jurnal BM (27 April 2014)

Zuhdi dan Aqil sudah sampai dari rumah ke sekolah. Seperti yang dirancang, aku, Zuhdi, Aqil, Kamal, Mursyid dan Karamie hendak pergi ke Serdang untuk menghilangkan tekanan. Aku bangun paling awal walaupun tidur pada pukul 2 pagi. Kemudian, aku pergi ke bilik Mursyid. Kamal dan Aqil juga di bilik Mursyid. Lalu, aku mengejutkan mereka dari tidur. Aku tanya, "Mana Zuhdi?". Mursyid menggelengkan kepala dan mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Tapi, sudah tentu Zuhdi berada di biliknya. xD. Aku pergi mandi. Dan aku menyuruh Mursyid untuk pergi melihat Zuhdi sama ada dia sudah bangun atau tidak. Ternyata, dia belum bangun. Dia bersiap paling lambat dan sarapan paling lambat. Teksi pun sampai. Kami pergi ke Stesen Komuter UKM. Lalu membeli tiket. Tetapi, aku tertinggal komuter tersebut manakala kawan-kawan aku sudah pergi ke Serdang. Dengan hati yang tabah dan tekun, aku menunggu komuter seterusnya dalam masa 30 minit. Aku seorang diri pergi ke Serdang. Kemudian aku sampai di Serdang dan berjumpa semula dengan kawan-kawan aku. Kami bermain 'Bowling' bersama-sama dan membeli-belah. Itu sahaja. Aku amat bersyukur mempunyai kawan-kawan yang mempunyai masa untuk bermain bersama aku. :)

Sunday, 20 April 2014

Jurnal BM (20 April 2014)

Hari ini, Hari Keusahawanan peringkat Program Pendidikan Permatapintar. Jadi, aku bangun agak lewat kerana tidur lewat. Aku dikejutkan oleh Mursyid pada pukul 9.00 pagi. Tanpa sarapan, aku terus pergi ke Dewan Serbaguna dan melihat ramai orang. Berbagai-bagai makanan di jual di sana seperti Mi Kolok, Keropok Lekor dan lain-lain. Aku, Mursyid, Aqil dan Syed pergi ke 'Haunted House' yang terletak di Kelas 10 Fasa 2 yang direka oleh ahli Kelas 5K7. Kami tidak berasa takut sebelum masuk ke dalam. Apabila masuk, kami terdengar suara orang menjerit yang amat kuat. Kami terus ketawa terbahak-bahak selama 30 minit di pintu masuk. Walaupun ada sedikit rasa takut, aku cuba menenangkan kawan-kawan aku dengan membuat lawak. Mereka ketawa, tapi hanya sementara. Masuk sahaja ke dalam rumah hantu tersebut, seorang perempuan duduk di atas kerusi roda terus meluru ke arah kami. Kami berundur balik ke pintu sambil ketawa. Saya cuba memberanikan diri untuk pergi ke hadapan. Tetapi, Mursyid menarik tangan. Pelik, kenapa Mursyid berbuat begitu? Setahu aku, Muryid seorang yang berani. Aku tetap pergi ke hadapan sambil diikuti oleh yang lain. Kami berjalan terus ke pintu keluar melalui beberapa 'Hantu' yang kami sudah tahu siapa. Jadi, aku keluar dengan sebelah selipar sahaja kerana sebelah lagi tertinggal di dalam rumah hantu tersebut. Kemudian, penjaga tersebut mengembalikan selipar aku. Itu sahaja cerita aku. Harap terhibur. :)

Friday, 18 April 2014

Jurnal BM (18 April 2014)

Saya tidur satu bilik bersama Mursyid oleh sebab rakan sebilik saya tiada. Jadi, pada pagi tadi saya bangun agak lambat kerana Mursyid terlupa untuk mengejutkan saya dari tidur. Saya pergi ke perhimpunan lambat lima minit kerana bangun lambat. Tetapi, tiada sesiapa pun yang sedar. Cikgu Zaza dan Miss Sue tidak memasuki kelas atas sebab-sebab yang tertentu. Jadi, dua jam pertama belajar tiada cikgu yang memasuki kelas 1K3. Kami hanya belajar mata pelajaran Falsafah dan diikuti dengan 'Spiritual Circle' atau 'Usrah'. Buat pertama kali di Quad P, pada hari Jumaat kebanyakan pelajar Muslim tidak tidur ketika khutbah Jumaat termasuk saya sendiri. Pada malam pula, saya terlibat dengan perbincangan untuk Sambutan Hari Guru di Quad P oleh kerana malam ini tiada 'Prep'. Jadi, untuk mengakhiri 'Jurnal' ini. Saya ingin berkongsi Hadith yang saya dapat ingat semasa khutbah Jumaat tadi. Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.” (HR At-Tabrani). Moga dapat mendalami Hadith tersebut. :)

Thursday, 17 April 2014

Jurnal BM (17 April 2014)

Seperti hari-hari biasa, tiada apa-apa yang istimewa yang berlaku hari ini. Cuma, beberapa kelas telah ditukar kerana pelajar Tahap 2 ada temuduga bersama 'Petronas' saya tidak tahu cerita penuhnya kerana saya pelajar Asas 1. -_- Kelas Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu tidak ada cikgu yang memasuki kelas kami atas sebab-sebab yang tertentu. Zoey tidak datang kelas kerana demam (katanya). Dan, waktu pagi tadi, saya melihat Abang Shafiq yakni rakan sebilik saya mengemas baju-bajunya. Saya terus tanya dia 'Abang nak pergi mana?'. Dia memberitahu yang dia ingin pergi ke Sabah untuk 'Pesta Sains'. Itu saja untuk hari ini. Janggal pula menulis guna bahasa baku sebab ini Jurnal BM. Ada markah. Kenalah buat betul-betul. :)

Sunday, 13 April 2014

Polemik MH370

Satu Malaysia kecoh dengan kejadian kehilangan MH370 malah negara lain juga turut mengetahui kejadian tersebut. Memandangkan semua orang membuat spekulasi sendiri. Maka saya, pelajar di Pusat Permata Pintar Negara ingin membuat satu spekulasi dan berharap spekulasi ini tidak menyakitkan hati mana-mana pihak kerana ini hanyalah pandangan saya.Jadi, pada pendapat saya, tragedi kehilangan pesawat MH370 telah dirancang dan bukan secara kebetulan. Terdapat 5 agen dari Amerika dan Israel telah mematikan 'transponder' pesawat tersebut. Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Ceritanya begini. Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti besi tersebut melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan diri dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan
bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik. Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka, mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh. Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika. Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone. Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China. Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional. Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil. Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon. Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya. Sampai disitu sahaja spekulasi saya. Saya harap ia tidak akan menyakitkan hati mana-mana pihak. Sekian. :)