Thursday, 15 May 2014

Jurnal BM (26 April 2014)

Assalamualaikum semua~!  :)

Segala puji kepada Allah, saya berpeluang untuk tidur bersama keluarga tercinta, di bawah bumbung yang sama. Pagi ni, saya dikejutkan oleh ibu saya untuk mendirikan Solat Subuh. Dah lama kot tak dikejutkan oleh ibu saya sendiri. Lepas Solat Subuh tu, saya tidur balik. Ngantuk betul masa tu. Dah ada peluang nak bangun lambat sikit, gunakanlah sebaiknya. Kalau kat Permata Pintar, memang tak ada lah nak bangun lambat. Tak cukup tidur ada lah.

Lepas bangun, saya mandi dan bersarapan bersama-sama keluarga saya, termasuk mak long dan kedua-dua nenek dan datuk saya yang turut datang melawat saya.Apa yang sedihnya, disebabkan ibu dan ayah saya orang Johor, mereka terpaksa bekerja pada hari Ahad. Oleh itu, saya terpaksa pulang pada hari Sabtu. Dan,untuk mengelakkan terlibat dalam kesesakan trafik, ayah saya terpaksa menghantar saya pulang awal ke asrama. Dengan rasa berat hati, saya terpaksa meninggalkan mereka lagi sekali. Apapun, kami berkesempatan untuk makan tengahari bersama-sama. Apa yang kami makan? Domino's Pizza! Buat nenek dan datuk saya, ini kali pertama mereka makan Domino's.

Petang tu, saya banyak menghabiskan masa dengan bermain ping pong bersama Mursyid, Aqil dan Muaz. Masa tu Permata Pintar ni macam tak ada orang je. Ramai yang balik, ada yang terlibat dengan FLL (First Lego League) dan sebagainya. Kami turut merancang untuk pergi outing pada keesokan harinya.

Tak banyak yang ingin saya kongsikan untuk hari ini. I'm gonna miss my family! Selamat Malam!

No comments:

Post a Comment