Sunday, 27 April 2014

Jurnal BM (25 April 2014)

Hari yang amat mengecewakan aku. Ketika larian merentas desa diadakan semua murid bersemangat termasuk aku. Larian dimulakan, aku rumah 'Sapphire' memulakan larian dengan baik dengan mendahului larian tersebut. Meninggalkan sekelompok pelajar lelaki Asas 1 yang lain. Aku berasa lega kerana meninggalkan mereka dengan begitu jauh. Namun, kesilapan besar yang telah aku lakukan mengubah segalanya. Ketika 'Checkpoint' 1 cikgu-cikgu baru hendak membuka plastik getah untuk dibagi kepada kami. Aku menunggu cikgu membuka getah dan pelajar-pelajar lain semakin menghampiri aku. Aku berasa panik kerana Kamal dari rumah 'Topaz' berada di sebelah aku. Lalu, aku pecut ketika manaiki bukit. Di situ kesilapan aku. Tiba-tiba perut aku berasa senak yang teramat. Kamal memotong aku, dan aku beransur perlahan. Aku cuba memberitahu Kamal supaya tunggu aku, tetapi tidak berjaya. Syed yang juga berumah 'Sapphire' memotong aku, aku memberitahu dia supaya terus mengejar Kamal. Aku berasa amat sakit. Aku pun berjalan. Semasa membahagi hadiah, aku tidak hadir kerana terlalu kecewa. Aku ialah budak sukan namun, Ong Jing Kai yang suka belajar itu pun dapat memotong aku. Rumah yang mendapat mata tertinggi ialah rumah 'Topaz' diikuti rumah 'Sapphire', 'Emerald' dan 'Ruby'. Tahun depan, aku akan buat yang terbaik. :)

No comments:

Post a Comment