Sunday, 20 April 2014

Jurnal BM (20 April 2014)

Hari ini, Hari Keusahawanan peringkat Program Pendidikan Permatapintar. Jadi, aku bangun agak lewat kerana tidur lewat. Aku dikejutkan oleh Mursyid pada pukul 9.00 pagi. Tanpa sarapan, aku terus pergi ke Dewan Serbaguna dan melihat ramai orang. Berbagai-bagai makanan di jual di sana seperti Mi Kolok, Keropok Lekor dan lain-lain. Aku, Mursyid, Aqil dan Syed pergi ke 'Haunted House' yang terletak di Kelas 10 Fasa 2 yang direka oleh ahli Kelas 5K7. Kami tidak berasa takut sebelum masuk ke dalam. Apabila masuk, kami terdengar suara orang menjerit yang amat kuat. Kami terus ketawa terbahak-bahak selama 30 minit di pintu masuk. Walaupun ada sedikit rasa takut, aku cuba menenangkan kawan-kawan aku dengan membuat lawak. Mereka ketawa, tapi hanya sementara. Masuk sahaja ke dalam rumah hantu tersebut, seorang perempuan duduk di atas kerusi roda terus meluru ke arah kami. Kami berundur balik ke pintu sambil ketawa. Saya cuba memberanikan diri untuk pergi ke hadapan. Tetapi, Mursyid menarik tangan. Pelik, kenapa Mursyid berbuat begitu? Setahu aku, Muryid seorang yang berani. Aku tetap pergi ke hadapan sambil diikuti oleh yang lain. Kami berjalan terus ke pintu keluar melalui beberapa 'Hantu' yang kami sudah tahu siapa. Jadi, aku keluar dengan sebelah selipar sahaja kerana sebelah lagi tertinggal di dalam rumah hantu tersebut. Kemudian, penjaga tersebut mengembalikan selipar aku. Itu sahaja cerita aku. Harap terhibur. :)

No comments:

Post a Comment